Lebih 40 Jenis Makanan & Produk Borneo Akan Dijual Sempena Bazaar Gawai Kaamatan di Seri Kembangan Selangor

2157

Lebih kurang 1 bulan lagi, warga Sabah dan Sarawak akan menyambut Kaamatan dan Hari Gawai, sambutan tahunan yang cukup meriah di Borneo.

Tiap tahun juga anak Borneo yang berada di perantauan akan kembali ke laman kampung bagi meraihkan sambutan penting ini bersama ahli keluarga tercinta.

Bagi anak perantauan Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung yang tidak berkesempatan balik beraya tahun ini dan juga mereka yang mahu mendapat “mood” awal sambutan Hari Kaamatan atau Hari Gawai, bolehlah berkunjung ke Bazaar Pra Gawai Kaamatan di Seri Kembangan, Selangor.

Bazaar Gawai Kaamatan anjurkan para peniaga Pasar Borneo Seri Kembangan ini akan diadakan pada 6 Mei 2017 (Sabtu), bermula seawal jam 7.00pagi hingga 7.00malam, bertempat di tapak Pasar Borneo Seri Kembangan, Selangor.

Menurut pihak penganjur, bazaar kali ini akan disertai oleh seramai 30 orang peniaga Pasar Borneo Seri Kembangan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan makanan, produk dan barangan Borneo.

Antaranya adalah seperti pansuh, kolo mee, mi udang Sabah, lada putih Sabah, baju tradisional, laksa Sarawak, kopi sejuk Sabah dan pelbagai lagi.

Selain dari beraneka jenis barangan jualan, pihak penganjur juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik pada hari tersebut, memastikan suasana kemeriahan sambutan Gawai Kaamatan turut dirasai oleh pengunjung bazaar ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijangka akan diadakan nanti adalah pertandingan menyumpit, persembahan tarian tradisional, karaoke dan banyak lagi.

Bagi anda yang merindui suasana di kampung halaman dan juga ingin mencari kuih-muih tradisional Borneo, pakaian tradisional dan lain-lain lagi untuk Gawai Kaamatan nanti, berkunjunglan ke bazaar ini. Ia mungkin adalah acara yang menarik bagi mengisi waktu hujung minggu anda pada Sabtu depan.

Selain itu, penganjuran bazaar bertemakan Borneo ini juga dapat memberikan peluang julung kalinya kepada komuniti Semenanjung dan kejiranan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang di Seri Kembangan bagi mengenali keunikan makanan, produk dan tradisi kita.y

Jadi, pastikan anda juga menjemput kenalan di Semenanjung yang belum berpeluang ke Sabah atau Sarawak serta berminat mahu mengenali dengan lebih dekat segenap aspek tentang Borneo ke Bazaar Gawai Kaamatan di Selangor ini.

Bazaar Gawai Kaamatan

  • Tarikh : 6 Mei 2017 (Sabtu)
  • Masa : 7.00pagi – 7.00malam
  • Tempat : Pasar Borneo Seri Kembangan, Selangor (Waze “Pasar Borneo Seri Kembangan“)

Comments

comments