Perkhidmatan GrabCar Kini di Bandar Sibu Sarawak

638

Hari ini, GrabCar telah mula beroperasi secara rasmi di bandar Sibu, Sarawak.

Bagi bakal pengguna yang mahu menggunakan khidmat GrabCar di sekitar Sibu, bolehlah memuat turun aplikasi GrabCar ke telefon pintar anda.

Dengan adanya GrabCar, penduduk di sekitar Sibu mempunyai alternatif baru bagi menikmati perkhidmatan pengangkutan awam pada kadar yang lebih murah dan selesa.

Selain itu, ia juga membuka peluang kepada individu yang mahu menjana pendapatan sampingan sebagai pemandu Grab. Mereka yang berminat menjadi pemandu, bolehlah mendaftar secara online di portal Grab.

Setakat ini, dianggarkan seramai 50 orang telah mendaftar sebagai pemandu GrabCar di Sibu.

Comments

comments