Rahsia Geliga Landak Dijual Cecah Puluhan Ribu Ringgit

2492
Kredit foto : Bali Zoo

Ketika zaman kanak-kanak, selalu dengar orang kampung dapat geliga hasil daripada aktiviti pemburuan, dimana geliga dijumpa dalam perut landak.

Saiz geliga yang sekecil ibu jari atau yang bersaiz besar sedikit, dapat dijual sehingga mencecah puluhan ribu ringgit kerana ia didakwa mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Geliga landak (Kredit foto : Dom Jonathan)

Ada pembeli yang sanggup membayar harga RM10 ribu, ada yang RM20 ribu dan ada juga yang dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi bergantung pada saiz dan kualiti geliga tersebut.

Jenis geliga landak (Kredit foto : Daffa Gemstone)

Jadi “landak” adalah antara haiwan yang sentiasa dicari ketika pergi memburu. Memang kira rezeki dan tuah sekiranya si pemburu dapat memburu landak dan menjumpai geliga dalam perutnya.

Bagaimana pula batu atau geliga ini terbentuk atau terhasil dalam tubuh landak?

Menurut portal Tribunnews, landak dikatakan memiliki daya hidup yang kuat. Apabila ditimpa sakit, si landak akan cepat sembah. Cara ia menyembuhkan diri saat sakit atau terluka adalah dengan mencari tumbuhan atau akar tumbuhan.

Dengan memakan herba yang tercerna ini, ia menghasilkan antibodi yang meneutralkan toksin atau racun dalam tubuh badan landak. Inilah yang membantu ia pulih dari sakit atau luka dengan cepat.

Apabila selalu mengambil herba, tumbuhan atau akar untuk jangka panjang, maka ia akan membentuk kristal “batu” di dalam tubuhnya, yang kita kenali sebagai “geliga”.

Pasaran geliga landak mendapatkan permintaan tinggi dalam kalangan komunti Cina yang secara tradisinya memanfaatkan geliga dalam perubatan tradisional bagi menghasilkan ubat-ubatan yang dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Dalam masyarakat Cina di Malaysia, geliga banyak digunakan sebagai ubat alternatif bagi merawat penyakit seperti leukemia atau kanser darah, barah payudara, ketumbuhan otak, gangguan sistem saraf dan lain-lain.

Sungguhpun permintaan terhadap geliga landak amat tinggi dan harga jualan mencecah puluhan ribu, namun begitu, untuk mendapatkan geliga ini tidaklah mudah. Ini kerana tidak semua landak menghasilkan geliga.

Seekor landak hanya boleh menghasilkan satu batu geliga sepanjang usianya, dan ia sebenarnya amat jarang ditemui. Kira bertuah sekiranya jumpa geliga di dalam perut landak.

Dengan harga pasarannya yang tinggi, memang ramai yang cuba mahu mengaut keuntungan mudah dengan menawarkan geliga tiruan. Jadi, bagi yang memang berniat mahu membeli geliga, pastikan berhati-hati dan sekurang-kurangnya anda tahu menentukan keaslian geliga yang mahu dibeli itu.

Comments

comments