Ribuan Pengunjung Hadir Memeriahkan Bazaar Gawai Kaamatan di Seri Kembangan Selangor

576

Bazaar Gawai Kaamatan di Seri Kembangan, Selangor yang berlangsung pada pagi ini (Sabtu, 6 Mei 2017) telah mula menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat.

Pengunjung di Bazaar Gawai Kaamatan 2017

Bazaar ini telah mula beroperasi seawal 7.00pagi dan setakat 10.00pagi dianggarkan mencecah ribuan pengunjung telah hadir bagi memeriahkan sambutan Bazaar Gawai Kaamatan yang julung kalinya diadakan.

Bazaar Gawai Kaamatan ini akan terus beroperasi sehingga 7.00malam. Jadi, bagi warga sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di bazaar ini.

Bazaar kali ini bukan saja berjaya menarik kunjungan komuniti Borneo di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, malah turut dihadiri anak-anak Sabah dan Sarawak dari Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan kawasan lain.

Bazaar Gawai Kaamatan yang disertai oleh seramai 30 orang peniaga Pasar Borneo Seri Kembangan menjual pelbagai produk, barangan dan makanan Sabah dan Sarawak. Lebih 50 jenis produk ada dijual disini.

Baca : Lebih 40 Jenis Makanan & Produk Borneo Dijual di Bazaar Gawai Kaamatan Seri Kembangan Selangor

Berikut adalah antara produk, barangan dan makanan yang ada dijual di bazaar ini.

Terung Asam
Buah maram
Jeruk Tuhau
Pansuh Ayam

Comments

comments