4 Acara Gawai Kaamatan di Semenanjung Yang Boleh Anda Hadiri Minggu Ini & Minggu Depan

1760

Sabtu lepas (6 Mei 2017) telah berlangsungnya Bazaar Gawai Kaamatan di Seri Kembangan Selangor yang dihadiri oleh ribuan pengunjung yang terdiri daripada anak-anak Sabah dan Sarawak serta turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran masyarakat tempatan di sekitar Lembah Klang.

Baca : Ribuan Pengunjung Hadir Memeriahkan Bazaar Gawai Kaamatan di Seri Kembangan Selangor

Bagi anda yang terlepas menyertai Bazaar Gawai Kaamatan Seri Kembangan di Selangor, berikut adalah senarai beberapa lagi sambutan bertemakan Gawai Kaamatan yang boleh anda hadiri dan sertai sepanjang minggu ini dan minggu depan.

1. Borneo Hornbill Festival & Bazaar Gawai Kaamatan, Kuala Lumpur

Borneo Hornbill Festival adalah antara festival yang memartabatkan khazanah kebudayaan dan tradisi Sabah dan Sarawak, bukan saja di dalam negara, malah juga di luar negara, dengan penganjuran Borneo Hornbill Festival peringkat akhir di London.

Festival anjuran Persatuan Warisan Sabah dan Sarawak KL ini kini telah memasuki tahun ke-9.

Tanggal 13 Mei dan 14 Mei (Sabtu & Ahad) ini akan berlangsungnya Borneo Hornbill Festival, edisi 9 yang akan mempersembahkan pertandingan antara etnik dan tarian kebudyaan.

Borneo Hornbill Festival 2017 akan diadakan di Dewan Cendekiawan, Jalan Pantai Baru, Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur.

Bersempena dengan penganjuran festival ini, Bazaar Gawai Kaamatan turut diadakan di lokasi yang sama.

Selain itu, bagi peminat instrumen muzik Sape, dengan yuran penyertaan yang minima, anda berpeluang menyertai bengkel asas bagi mempelajari cara mengendalikan alat muzik tradisi tersebut.

Tentatif Borneo Hornbill Festival & Bazaar Gawai Kaamatan

13 & 14 Mei : 4.30pm hingga 7.30pm Sabah/Sarawak Ethnic Pageant & Ethnic Dance
13 & 14 Mei : 1.00pm hingga 7.30pm Bazaar Gawai Kaamatan
13 & 14 Mei : 1.30 hingga 3.30pm Bengkel Sape

2. Karnival Borneo Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor

Karnival Borneo akan berlangsung pada Sabtu depan (20 Mei 2017), bermula dari 5.00pm hingga 10.30pm, bertempat di Dewan Serbaguna Damansara Utama, Petaling Jaya.

Selain hidangan makanan percuma kepada para pengunjung, Karnival Borneo ini juga mengadakan bazaar Borneo yang akan menjual pelbagai jenis makanan Borneo, cenderamata, kraftangan, pakaian tradisional dan lain-ian.

Disamping itu juga, pengunjung di karnival ini akan dipersembahkan dengan tarian tradisional, nyanyian dan persembahan instrumen muzik berasaskan Sabah dan Sarawak.

3. Festival Gawai Kaamatan UPSI, Perak

Festival Gawai Kaamatan adalah acara tahunan yang diusahakan oleh para pelajar Sabah dan Sarawak di UPSI dibawah naungan Jalinan Anak Sarawak (JASA) UPSI dan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) UPSI, serta mendapat sokongan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pihak universiti.

UPSI boleh dikatakan sebagai universiti awam di Semenanjung Malaysia yang mempunyai bilangan pelajar Sabah dan Sarawak yang ramai.

Baca : 6 Tempat Anda Boleh Jumpa Sabahan dan Sarawakian di Semenanjung

Selalunya para pelajar tidak berkesempatan pulang kampung bagi menyambut Hari Gawai atau Kaamatan kerana tarikh perayaan Gawai dan Kaamatan yang jatuh pada minggu ulangkaji dan peperiksaan akhir semester.

Maka dengan penganjuran Festival Gawai Kaamatan ini, ia sekurang-kurangnya dapat mengubati rasa rindu para pelajar Sabah dan Sarawak, selain memberi peluang kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang di UPSI mengenali tradisi dan kebudayaan Sabah dan Sarawak.

Pada sambutan tahun ini, Festival Gawai Kaamatan akan menyaksikan penampilan Youtuber terkenal dari Sabah – Adam Shamil dan Sada Borneo, selain acara-acara lain yang telah dirancang oleh pihak penganjur.

Berikut adalah butiran Festival Gawai Kaamatan UPSI 2017

  • Tarikh : 19 hingga 21 Mei 2017
  • Lokasi : Dewan SITC, UPSI

4. Pesta Gawai Kaamatan, Pulau Pinang

Pesta Gawai dan Kaamatan Peringkat Negeri Pulau Pinang akan berlangsung pada 13 Mei 2017 (Sabtu) di Fort Cornwallis bermula pukul 6.00petang hingga 10.30malam.

Bersempena dengan sambutan Pesta Gawai & Kaamatan, pelbagai jenis makanan Sabah dan Sarawak akan dihidangkan oleh pihak penganjur secara percuma kepada para tetamu pada hari tersebut.

Pesta Gawai Kaamatan di Pulau Pinang pada tahun 2016

Antara masakan tradisi Sabah dan Sarawak yang dimaksudkan adalah seperti Laksa Sarawak, Kolo Mee, Ayam pansuh, Busou, Hinava, Rojak Bihun dan sebagainya.

Selain menjamu selesa, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian etnik dari pelbagai kaum, Sugandoi, dan Kumang Keling/Unduk Ngadau yang menjadi acara utama pada malam tersebut.

Baca : Pesta Gawai & Kaamatan di Pulau Pinang, 13 Mei 2017



Comments

comments