Burung Ini Amat Setia Pada “Kekasihnya”!

452

Burung enggang cukup terkenal dengan cinta setianya pada pasangannya.

Dikatakan ia hanya memiliki satu pasangan seumur hidup.

Sekiranya salah seekor daripada pasangan burung itu mati, maka ia tidak akan mencari enggang yang lain sebagai peneman hidup.

Ia akan kekal hidup bersendirian sepanjang hayatnya.

Selain itu, ia juga dikatakan antara jenis haiwan yang paling prihatin akan pasangannya, terutamanya pada waktu burung enggang betina bertelur.

Pada awalnya, burung enggang jantan akan membina sarang dengan menebuk lubang dalam batang pokok.

Sampainya masa bertelur dan memeram telur, burung enggang betina akan menutup dan mendindingi sarangnya itu dengan daun-daun dan lumpur.

Hanya lubang kecil akan ditinggalkan pada sarang itu sebagai ruang untuk enggang jantan memberi makanan kepada enggang betina.

Sepanjang burung enggang bertelur, mengeram telur serta membesarkan anak burung, ia akan sentiasa terkurung di sarang itu dan tidak akan keluar dari sarang meninggalkan anak burung bersendirian.

Burung enggang jantan pula akan terus mencari makanan untuk enggang betina untuk tempoh beberapa bulan, sehinggalah anak burung itu matang dan mampu terbang sendiri.

Comments

comments