Kenali Badang Kapit Sarawak, Mengangkat Motosikal & Barangan Berat Cecah Ratusan Kilo

1672
Kredit Foto : Bernama via The Star

Bagi sahabat-sahabat yang pertama kali berkunjung ke Bahagian Kapit, Sarawak, anda pastinya akan terkejut terlihat pemandangan yang luar biasa di Terminal Penumpang Kapit, dimana orang sedang mengangkat motosikal atau pelbagai barangan yang cecah ratusan kilo beratnya di situ.

Anda pasti kagum dengan “Badang Sarawak” ini yang mempunyai kekuatan fizikal luar biasa.

Badang Kapit mengangkat motosikal yang cecah 100kilo (Kredit Foto: Zai Futsal)

Bagi penduduk lokal, ini sudah menjadi pemandangan biasa.

Selain daripada mengangkat motosikal, pelbagai jenis lagi barangan berat turut memerlukan khidmat badang Kapit di terminal itu.

Antaranya adalah seperti almari, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.

Badang Sarawak mengangkat almari (Kredit Foto: Ahmad Taqiyyuddin)

Bagi warga di Kapit yang mahu membawa motosikal keluar atau masuk ke Sibu-Kapit, motosikal selalunya diletakkan di bahagian depan bot ekspress.

Setibanya di Kapit, khidmat badang Kapit diperlukan kerana keadaan di Terminal Bot Ekspress yang agak cerun berbanding terminal di bandar Sibu (mudah untuk orang ramai memunggah barangan).

Orang yang mengangkat motosikal itu nanti juga memerlukan ketahanan fizikal yang kuat kerana perlu menaiki sejumlah anak tangga serta menahan tekanan berat barang yang dipunggah, sebelum sampai di kawasan landai terminal itu.

Badang Kapit yang mengangkat motosikal di Terminal Bot Ekspress Kapit

Pemilik motor hanya perlu membayar kos pengangkutan kepada pihak bot ekspress dan memberi upah kepada pekerja yang membantu mengangkat motosikalnya.

Biasanya upah mengangkat barangan yang dikenakan adalah antara RM20 – RM100 mengikut jenis barangan, kuatiti dan beratnya.

Comments

comments