Malam 31 Mei, Sambutan Gawai Kaamatan di Rumah Asap Borneo Kuala Lumpur

413

Bagi anak Borneo yang berada di perantau dan tidak dapat balik ke kampung menyambut Hari Gawai dan Kaamatan bersama keluarga tahun ini, bolehlah berkunjung ke Rumah Asap Borneo Kuala Lumpur (Makanan Tidak Halal).

Pada 31 Mei ini (Rabu), Rumah Asap Borneo KL akan mengadakan sambutan Gawai Kaamatan pada sebelah petang dan malam.

Baca juga: 6 Sebab Tidak Dapat Balik Kampung Sambut Gawai Kaamataan Tahun Ini

Pengunjung yang mahu turut hadir menyertai Malam Gawai Kaamatan ini diminta hadir sekitar jam 6 petang dan ke atas.

Rumah Asap Borneo KL jadi tumpuan dan tempat pertemuan anak-anak Borneo

Sementara menunggu malam kemuncak iaitu tibanya detik 12 tengahmalam, pelbagai aktiviti pengisian akan diadakan oleh pihak restoran pada hari tersebut.

Antaranya adalah seperti Pekit Ngajat Ngeliling Ranyai, Pekit Pemanah Pakaian Traditional, begempuru BBQ, cabutan betuah, pertandingan minum air tuak, pertandingan sabung telor ayam, persembahan sape dan lain-lain.

Hadiah cabutan bertuah Malam Gawai Kaamatan di Rumah Asap Borneo KL

Pada malam kemuncak (12 tengahmalam) pula upacara sembayang dan ngirup pengayu akan dijalankan. Selain itu hidangan makan malam percuma turut disediakan kepada para pengunjung pada malam kemuncak itu nanti.

Lokasi Rumah Asap Borneo Kuala Lumpur : 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur

Baca juga: Restoran Rumah Asap Borneo Kini Dibuka di Cheras, Kuala Lumpur

Comments

comments