Set Makanan Sarawak Untuk Berbuka Puasa di Restoran Javian Kitchen Seri Kembangan Selangor

288

Bagi sahabat-sahabat yang masih tercari-cari makanan Sarawak sebagai juadah berbuka puasa, bolehlah berkunjung ke Restoran Javian Kitchen yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Javian Kitchen yang sememangnya terkenal dengan beraneka jenis makanan tradisi Borneo menawarkan beberapa set menu khas pada harga yang amat berpatutan.

Hiasan dalaman Restoran Javian Kitchen (Kredit Foto Ain Morad)

Antara masakan Sarawak yang boleh dinikmati di set menu khas di restoran ini adalah adalah seperti manuk pansuh (ayam pansuh), umai, kuih penyaram, miding goreng, kek lapis dan pucuk ubi goreng.

Berikut adalah set-set makanan yang boleh didapati di Restoran Javian Kitchen:

Set A untuk 1-2 orang
Set B untuk 3-4 orang
Set C untuk 5-6 orang
Set D untuk 7-8 orang

Waktu Operasi Restoran Javian Kitchen sepanjang bulan Ramadan:

  • Isnin hingga Jumaat :2.00 petang hingga 12.00 tengah malam
  • Sabtu dan Ahad : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Bagi yang mahu membuat tempahan awal, sila hubungi pemilik restoran di 012-3032611.

 Alamat Restoran Javian Kitchen : Jalan Atmosphere 7, Seri Kembangan Selangor (bagi pengguna Waze, sila klik pada link berikut WAZE)

Comments

comments