5 Respon Pembeli Luar Negara Yang Sangat Menggilai Lada Hitam Sarawak

710

Sarawak sememangnya terkenal dengan pengeluaran lada dan Sarawak juga adalah negeri pengeluar terbesar lada di negara ini.

Pengeluaran tahunan lada di Bumi Kenyalang boleh mencecah sehingga 30 ribu tan setahun. Daripada jumlah itu, hampir 20% daripada pengeluarannya adalah lada putih dan selebihnya adalah lada hitam.

Selain itu, dari keseluruhan lada hitam yang ada di negara ini, hampir 90% lada adalah untuk tujuan pasaran eksport ke luar negara.

Lada hitam Sarawak

Lada hitam mempunyai permintaan bukan kerana ia sekadar rempah ratus yang memberi rasa pedas dan aroma pada masakan.

Lada hitam juga banyak digunakan dalam perubatan. Ini kerana kandungan biokimia yang ada di lada hitam boleh bertindak sebagai anti-mutagen, anti-depressi, anti-tumor, demam, selsema, gastrik dan sebagainya.

Selain itu, ia juga banyak digunakan dalam pemprosesan makanan, penghasilan minyak wangi dan kosmetik.

Berikut adalah antara review yang cukup menarik oleh para pembeli lada hitam Sarawak di laman Amazon.com:

1. Rasa yang luar biasa

Salah seorang pembeli yang bernama Gabriel Dominguez Cuevas ternyata teruja setelah membeli dan menggunakan lada hitam Sarawak yang menawarkan rasa yang luar biasa berbanding lada lokal yang dibeli di negara nya.

Omg if you are buying pepper at your local market you don’t know what real pepper is truly like. The flavor is not like the stuff you get out of those old moldy peppergrinders. Whole or in grind form the flavor is amazing, I made the Philipino dish chicken adobo and let me tell you the flavor I got from the peppercorns in the sauce was amazing. Try it, you will not be disappointed and you won’t buy that stale store stuff again tulisnya di portal commerce itu.

Antara review pembeli lada hitam Sarawak di laman Amazon.com

2. Tidak boleh memasak tanpa lada hitam Sarawak

Pembeli yang bernama CarerS ternyata jatuh cinta pada aroma lada hitam Sarawak setelah membeli raja rempah ini di laman Amazon pada tahun 2014.

I can’t cook without it! Easy to keep fresh and the best seasoning possible for meats. The flavor cooks into the meat and enhances the flavor to perfection tulis beliau di laman Amazon.

 3. Setiap sen adalah berbaloi 

Tidak ada yang lebih menggembirakan seorang penjual apabila mendapat tahu pelanggan berpuasa hati membeli produknya dan membuat pelanggan merasa adalah berbaloi mereka membayar sejumlah harga yang mungkin lebih tinggi berbanding barangan serupa yang ada di pasaran.

Kata Max Headroom This is easily the best pepper I have ever tasted! It has a powerful and intriguing odor, and is worth every penny! Highly recommended.

4. Suka dengan rasa dan aroma lada hitam Sarawak

Antara cara paling mudah mahu tahu kualiti lada hitam adalah menerusi bau (aroma) dan kepedasannya.

Aroma yang kuat dan kepedasan asli lada hitam Sarawak berjaya menambat hati pembeli bernama Armansmom. Best pepper for seasoning a steak. Love the taste. And the smell. Highly recommended demikian review beliau.

5. Jika boleh mahu beli lebih banyak

Ternyata kualiti lada hitam Sarawak yang tinggi membuat para pelanggan amat berpuasa hati dengan pembelian mereka. Pembeli bernama Greg menulis dirinya berharap dapat membeli dengan lebih banyak lagi.

Bungkusan lada hitam Sarawak yang dijual di laman Amazon.com

Mana cukup beli 1 bungkus saja. Dengan berat 200g, sebungkus lada hitam Sarawak ini dijual pada harga USD15. Sekiranya selalu masak, tentu tidak cukup 200g untuk kegunaan sebulan, kena beli lebih banyak. Apa pun harga barangan juga kadang-kadang jadi halangan.

Comments

comments