Pemandangan Rumah Panjang Mewah di Bintulu Sarawak

8665

Rumah Panjang Jangu Tahir yang terletak di KM15 Jalan Ulu Sebauh, Bintulu Sarawak ternyata menyerlahkan kemodernan pembinaan rumah panjang, disamping masih mengekalkan elemen tradisi yang perlu ada pada sesebuah rumah panjang.

Rumah Panjang Jangu Tahir mempunyai 34 pintu atau didiami oleh 34 keluarga.

Corak binaan rumah panjang ini pastinya membuatkan siapa-siapa saja rasa kagum kerana pemandangan luaran rumah panjang ini tidak ubah seperti binaan rumah teras 2 tingkat dan dalamanya pula dihiasi mewah seperti rumah banglo.

Kawasan “ruai” rumah panjang (Kredit Foto: Andrewson Luat)

Pemandangan rumah panjang mewah ini mula tersebar dan tular di media sosial menerusi status akaun Facebook Andrewson LuatĀ yang telah berkunjung ke rumah panjang tersebut.

Ruai 34 pintu atau keluarga (Kredit Foto: Andrewson Luat)

Setakat artikel ini ditulis, status tersebut telah dikongsikan lebih daripada 3 ribu kali.

Berikut pula adalah rakaman video yang membawa anda melihat sendiri pemandangan luar dan dalamĀ Rumah Panjang Jangu Tahir.

Posted by Andrewson Luat on 12hb Jun 2017

 



Comments

comments