Pengalaman Unik & Eksotik di Saloma Village, Kuching Sarawak

    433

    Sekiranya anda ingin mencari kelainan bagi percutian akan datang, yang tidak berpusatkan kota, sebaliknya lebih kepada persekitaran desa, maka Saloma’s Village adalah antara pilihan yang sesuai untuk anda.

    Saloma’s Village terletak di Kampung Sadir, Jalan Puncak Borneo, Siburan, Sarawak. Jarak homestay ini dengan pusat bandaraya Kuching hanyalah 42km, kira-kira 1jam perjalanan.

    Pemandangan di homestay
    Ruang tamu terbuka

    Homestay Saloma diusahakan oleh Puan Saloma. Beliau mendapat inspirasi mewujudkan tempat ini dengan mengubahsuai rumah ayahnya yang akhirnya membawa kepada kewujudan Saloma’s Village.

    Sungguhpun tempat ini kurang diketahui oleh orang ramai, namun ia sentiasa menjadi destinasi pilihan untuk bercuti dalam kalangan pelancong asing.

    Pelancong menikmati juadah yang disediakan

    Lokaliti homestay ini yang terletak di kawasan bukit mampu menyediakan tempat tinggal yang bersih dan selesa.

    Ia juga menawarkan pemandangan alam semula jadi yang cukup unik dan menawan serta dunia alam yang eksotik dan masih dipelihara dengan baik.

    Air terjun Mabi
    Air terjun Mabi

    Selain itu, atas permintaan tetamu, pelbagai jenis aktiviti juga boleh diadakan sepanjang anda menginap di homestay ini.

    Antaranya seperti jungle tracking, pembuatan kraftangan, berenang di air terjun serta melihat Orang Utan pada jarak yang dekat dan lain-lain.

    Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, anda juga boleh mengambil kesempatan percutian di Homestay Saloma untuk melawat rumah panjang Bidayuh, melihat dan merasai sendiri kehidupan penduduk rumah panjang disitu, mendalami budaya dan tradisi mereka.

    Rumah panjang Bidayuh

    Jauh dari kesibukan kota, di homestay ini anda bebas dari segala tekanan kerja dan terasing dari sebarang gangguan bunyi bising dan pencemaran udara, suasana yang memberikan anda ketenangan.

    Di tempat ini juga anda menikmati pelbagai jenis hidangan yang dimasak sendiri dengan memanfaat pelbagai jenis sumber tumbuhan disekeliling. Sudah semestinya lauk seperti paku pakis, miding, pucuk ubi, ayam pansuh adalah kemestian.

    Bahkan jika ada anak-anak kecil yang turut serta di trip tersebut, mereka juga boleh belajar banyak perkara seperti melihat bagaimana beras dimasak dalam buluh.

    Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak info, pakej yang ditawarkan dan berhubung dengan Puan Saloma, sila layari website mereka: Saloma’s Village.

    Comments

    comments