Pesanan Uncle Jonathans Yang Pasti Menginspirasikan Kita

941
Kredit Foto: KupiKupi Fm

Jonathans Selby atau lebih mesra dipanggil dengan nama Uncle Jonathans oleh pengguna media sosial adalah seorang pelayar solo berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat menggunakan bot atau kapal kecil buatannya sendiri dalam misi berlayar mengelilingi dunia.

Semalam pasukan KupiKupi FM telah menemui Uncle Jonathans yang kini berada di Sabah. Rakaman video temubual tersebut telah dimuatnaik di laman Facebook KupiKupi FM.

Kurang daripada 24jam sejak ia dimuatnaik, klip video yang berdurasi 5 minit itu telah tersebar luas di media sosial dan dikongsikan lebih 5000 kali oleh pengguna diatas talian.

Berikut adalah antara respon pengguna media sosial lepas menonton klip video itu:

“Bangun-bangun saja, nampak ini video di wall FB saya. Sangat bagi inspirasi. Dia bilang, stop thinking and relax, Make it Happen! Dia belayar pigi seluruh dunia, dan dia sampai Sabah! – Josephnie Chin

“Bilang tu Uncle Jonathans: Make things Happen! Jangan mau duduk diam-diam menghayal jak. Faktor usia bukan penghalang biar pun umur suda 70 tahun, bagi dia masih belum terlambat untuk capai impiannya” – Dyla Siti

“Inspired by this mechanical engineer!” – Hutharsan Mahandran

Petang tadi KupiKupi FM telah menemubual & memberi sedikit sumbangan kepada Jonathans Journey yang berasal dari Amerika Syarikat yang telah berlayar ke seluruh dunia. Kepada mereka yang ingin membantu beliau, boleh berjumpa dengan beliau di bawah jambatan Yayasan Sabah.

Posted by Kupikupi FM on 15hb Jun 2017

Perkongsian ringkas Uncle Jonathans dalam video itu ternyata memberi inspirasi kepada para pengguna media sosial yang telah menonton klip tersebut.

Tidak ada yang lebih layak daripada peribadi bernama Uncle Jonathans mengungkapkan “ianya takan menjadi kenyataan dengan hanya duduk, berfikir dan menghayal. Jadikan ia kenyataan! Ambil langkah itu dan jadikan ia kenyataan!”.

Menurut Uncle Jonathans, persinggahannya di Malaysia – Sabah buat kali pertama memberinya pengalaman baru serta mengubah tanggapannya tentang Sabah hasil daripada cerita-cerita yang didengarnya sebelum ini.

“Saya agak terkejut dengan keramahan dan kemesraan penduduk di Sabah sebaik tiba di sini. Sambutan mesra seperti itu sangat jauh berbeza dengan apa yang pernah saya dengar sebelum ini mengenai Sabah” ujar Jonathans, sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Borneo Sabah.

Comments

comments