5 Info Menarik Tentang Ngektsai

3627

Sekiranya anda seorang yang suka menonton video-video yang dimuatnaik di laman Facebook atau mengikuti page Facebook vlogger (vlog = video blog) yang menggunakan plaftform Facebook berkongsi video, maka nama Ngektsai Army sudah tentunya tidak asing lagi bagi anda.

1. Kenali Ngektsai

Menerusi laman Facebook yang diberi nama “Ngektsai Army”, pemiliknya iaitu Zameen Saini adalah anak kelahiran Sri Aman, Sarawak.

Beliau adalah Facebook Vlogger yang aktif berkongsi video asli hasil idea dan kreativiti sendiri.

Laman Facebook nya kini telah mempunyai lebih daripada 130’000 pengikut yang terdiri daripada pengguna media sosial di Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia.

2. Video dalam Dialek Melayu Sarawak

Antara salah satu keunikan yang cukup menonjol dalam siri video yang dihasilkan dan dikongsikan oleh Ngektsai adalah dari segi bahasa interaksi dalam video itu yang menggunakan dialek Melayu Sarawak.

Selain berhibur dengan adegan lucu di video yang dimuatnaik itu, para pengguna media sosial yang menonton video Ngektsai berpeluang mempelajari dialek Melayu Sarawak secara santai.

Tambahan pula tiap video ada disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu. Jadi, memang mudah untuk belajar dan memahami intipati perbualan dalam video yang menggunakan dialek bahasa Melayu Sarawak.

3. Pelbagai Watak

Dalam tiap video nya, anda boleh mendapati bahawa Ngektsai membawa beberapa watak yang berbeza, sama ada watak ibu, anak gadis atau watak lelaki dengan pelbagai perwatakan.

Memang perkara serupa boleh dilakukan oleh siapa-siapa saja dengan rakaman berasingan yang kemudian disusun atur menerusi kerja suntingan video. Namun bukan semua individu boleh melakonkan tiap perwatakan itu dengan “sempurna” tanpa melupakan elemen hiburan seperti Ngektsai.

4. Video Yang Lucu & Menghiburkan

Kerap kali anda akan terdengar kata nasihat bahawa ketawa dan senyum adalah “ubat” yang mujarab bagi menghilang stress. Benar! Kerana gelak ketawa boleh membantu melegakan otot, mengurangkan tekanan darah serta menyegarkan sistem pernafasan kita.

Saat anda mengalami stress dan sukar mahu ketawa, tontonlah klip video pendek di laman Facebook Ngektsai. Pasti akan membuatkan anda ketawa seorang diri nanti. Dengan stress hilang entah ke mana!

Selain bersifat lucu dan lawak, sebahagian video yang dihasilkan oleh Ngektsai turut diselitkan dengan aspek mendidik dan berkongsi elemen-elemen positif yang terdapat di Bumi Kenyalang.

5. Idol Ngektsai?

Siti Nurhaliza adalah idol Ngektsai dan beliau selalu mendengar lagu-lagu Siti Nurhaliza sejak usia muda lagi dan lagu kegemarannya ialah “Jawapan di Persimpangan”, menurut sumber BERNAMA  dalam temubual mereka bersama Ngektsai sebelum ini.

Comments

comments