Video: Dokumentari Legenda Bujang Senang

1876

Pada usia muda lagi, anak-anak di tiap pelusuk negeri Sarawak pasti pernah diceritakan tentang Bujang Senang, dan sentiasa dinasihati berwaspada tiap kali turut ke sungai.

Menurut laporan Kosmo, Bujang Senang muncul sekitar tahun 1982 yang ketika itu membaham seorang mangsa yang merupakan seorang penghulu- Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Kejadian yang mengemparkan itu kemudian disusuli dengan ‘Operasi Buaya Ganas” oleh pasukan Polis Sarawak bagi memburu Bujang Senang. Namun operasi tersebut buntu dan akhirnya Bujang Senang terus mengganas sehingga menewaskan seramai 13 nyawa lain antara tahun 1982 hingga 1991.

Sehinggalah tahun 1992, ia membaham mangsa ke-14 iatu Dayang anak Bayang. Ketika itulah Bujang Senang itu dikepung, berpuluh das tembakan dilepaskan, sehingga ia tertewas.

Ikuti dokumentari yang diusahakan oleh sekumpulan pelajar UNIMAS yang menembual penduduk tempatan iaitu Tuai Rumah Johson Intai Ak Pol, Seduku Panjai, Lingga menceritakan semula kejadian menewaskan Bujang Senang pada tahun 1992.

Documentary on the Legendary of Bujang Senang #Assignment

Posted by Joshua Charles on 9hb April 2017

Pun begitu, terdapat penduduk yang percaya bahawa Bujang Senang masih wujud lagi sehingga ke hari ini.

Comments

comments