Baju Percuma di Kuching Sarawak

146

Tidak ada yang lebih indah di bulan Ramadan ini daripada dapat berbahagi kasih sesama kita dan membantu mereka yang kurang berkemampuan. Lagi-lagi berbaki beberapa hari lagi menjelangnya sambutan Hari Raya.

Memberikan baju Raya percuma! Itulah antara usaha murni yang dilakukan oleh Yusri Salleh dan rakan-rakan bagi memastikan keluarga yang kurang berkemampuan ini dapat baju Raya dan menerusi usaha yang tidak seberapa ini juga serba sedikit dapat membantu mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Menurut Yusri Salleh, sejak semalam (20 Jun 2017) iaitu hari pertama mereka membuka booth memberikan baju percuma, sebanyak 3 kotak baju kurung, jubah dan baju Melayu yang telah dikumpulkan hasil sumbangan keluarga dan kawan-kawan sebelum ini telah berjaya diagihkan kepada orang ramai yang memerlukan.

Setakat ini, masih berbaki 2 kotak lagi pakaian yang ada pada simpanan mereka.

Lebih ramai warga Kuching dijangka akan turut menyumbang pakaian dalam menjayakan usaha tersebut setelah ia tular di media sosial menerusi perkongsian oleh pengguna media sosial bernama Miemin Abdul Razak.

Kurang daripada 24jam sejak status berkaitan baju percuma itu dimuatnaik di Facebook milik Miemin Abdul Razak, ia telah dikongsikan lebih daripada 500 kali.

Sejumlah pengguna media sosial dalam kalangan warga Kuching turut meninggalkan komen menyatakan hasrat masing-masing yang mahu terlibat menyumbang pakaian untuk usaha tersebut.

Sekiranya anda mahu menghulurkan sumbangan berupa baju kurung, jubah, baju Melayu atau kurta khas, anda dipohon menyumbangan baju dalam kondisi yang masih elok (tidak lusuh atau rosak) dan dihantar ke kaunter booth yang terletak di Lot 2546 Kpg Tupong Batu, Jalan Merdeka, Petra Jaya, Kuching.

LOKASI: Lot 2546 Kpg Tupong Batu, Jalan Merdeka, Petra Jaya, Kuching

WAKTU OPERASI: 11.00pagi hingga 6.00petang (

TARIKH : 20 Jun 2017 hingga 23 Jun 2017 (Selasa hingga Jumaat)

Comments

comments