5 Anak Sabah & Sarawak Wakili Malaysia Ke World Championships of Performing Arts di US

186

Seramai 5 anak Sabah dan Sarawak akan mewakili Malaysia mengambil bahagian dalam World Championships of Performing Arts (WCOPA), edisi ke-21 yang akan berlangsung di United States pada 30 Jun 2017 hingga 9 Julai 2017 ini.

Daripada 5 anak Borneo ini, 2 orang adalah anak kelahiran Sarawak iaitu Saufi Aiman Yahya (Pemain Sape) dan Aloysius Susek (Penyanyi). Manakala 3 orang lagi adalah anak kelahiran Sabah iaitu Esther Applunius (Penyanyi), Dayang Izyan Zawanie (Penyanyi) dan Nelson Thien (Penari).

Menurut laporan The Star Online, seramai 14 orang penghibur Malaysia, termasuk 5 wakil daripada Borneo ini membentukan pasukan Malaysia yang akan mewakili negara dalam WCOPA.

Mereka akan berentap bersama dengan para penghibur amatur dan profesional daripada 52 buah negara seluruh pelusuk dunia dan persembahan mereka akan dihakimi oleh 75 orang hakim dari industri hiburan.

WCOPA yang ditubuhkan pada tahun 1997 dinamakan sebagai “Olimpik” rasmi yang menjadi satu-satunya platform kepada para penghibur yang mahu bersaing dengan para artis daripada dunia. WCOPA mempertandingkan 6 kategori iaitu kategori vokal, lakonan, tarian, alat muzik, model dan seni.



Comments

comments