6 Keistimewaan Guru Yang Bertugas di Sekolah Pedalaman Sabah & Sarawak

1686

Tidak kira dimana pun kita bertugas, pasti akan ada pro dan kontranya. Selagi kita pandai menyesuaikan diri dan mencari hiburan, ke mana pun kita dihantar untuk bertugas, pasti tidak punya masalah.

Inilah antara keistimewaan yang selalunya boleh dinikmati sekiranya anda berkhidmat di sekolah yang lokalitinya terletak jauh di pedalaman:

1. Memancing ikan di lubuk yang jarang diterokai

Di kawasan pedalaman Sabah Sarawak ini sebenarnya mempunyai banyak kawasan ataupun lubuk yang belum pernah diterokai orang luar dan ia amat sesuai untuk aktiviti memancing kerana mempunyai banyak ikan.

Disebabkan lokaliti yang terletak jauh, perjalanan menaiki perahu atau jalan darat untuk ke sana yang memakan masa berjam-jam lamanya serta melibatkan kos perjalanan yang agak tinggi, menyebabkan ia sukar dijejaki.

Justeru, keberadaan anda di sekolah-sekolah pedalaman sebenarnya adalah tuah kerana berdekatan dengan lokasi hidupan pelbagai jenis ikan yang jarang dapat dimakan orang lain kerana ia sukar diperolehi di kawasan pekan atau kota. Sekiranya ada pun ia akan dijual pada harga yang mahal.

Jadi, tatkala terasa bosan hujung minggu anda boleh pergi memancing atau menjala ikan, dan langsung buat BBQ bagi menikmati ikan segar yang tidak tercemar itu.

2. Menikmati suasana yang damai

Suasana di SK Nanga Bangkit (Kredit Foto : Shafiqa Ahmad)

Di sekolah pedalaman, anda terhindar daripada segala kesibukan di kota, tidak ada pencemaran udara, dapat menikmati suasana yang aman damai, udara yang segar dan pemandangan alam semula jadi yang begitu indah.

3. Ibu bapa ternyata memberi layanan baik kepada guru

Kalau di kawasan pedalaman, ibu bapa sebenarnya sangat menghargai jasa para guru. Mereka tahu guru-guru sanggup berkorban masuk ke kawasan pedalaman untuk mendidik anak-anak mereka. Jadi, guru adalah peribadi yang amat diharmoti dan sentiasa diberi layanan yang cukup baik oleh ibu bapa pelajar.

Selalunya anda tidak akan kesuntukkan lauk ketika mengajar di sekolah pedalaman.  Ini kerana ibu bapa pelajar seringkali akan memberi ikan, beras, sayur, buah-buahan dan lain-lain kepada guru. Itulah antara hadiah terbaik yang dapat mereka berikan, cara mereka mengenang jasa guru-guru yang mendidik anak mereka.

4. Pelajar patuh & amat menghargai guru, 

Di pedalaman selalunya muridnya tidaklah ramai. Ada sekolah yang hanya terdiri daripada belasan orang murid saja. Ini membolehkan guru-guru memberikan tumpuan yang lebih ketika sesi mengajar serta beban tugas yang kurang sekiranya mahu dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang bilangan pelajarnya cecah ratusan orang.

Murid cukup menghargai jasa guru (Kredit Foto: Paul Dillon)

Selain itu, murid-murid di pedalaman tidak mempunyai banyak masalah displin dan akan lebih patuh kepada arahan dan didikan guru.

5. Pelbagai aktiviti menarik di luar kelas 

Sekiranya anda adalah jenis yang suka menjelajah, meneroka atau suka aktiviti lasak, pelbagai aktiviti yang bersifat kemahiran hidup boleh anda lakukan di sekeliling sekolah seperti mendaki bukit, jungle trakking dan lain-lain.

Aktiviti mencari periuk kera (Kredit Foto: Syazwan Sanosi)

Hujung minggu pula anda boleh luangkan waktu bersama teman-teman guru yang lain bersantai, mandi-manda di sungai atau air terjun yang kondisi airnya begitu jernih dan sekitarnya terpelihara dengan baik.

6. Elaun tambahan yang lumayan

Sekiranya anda masih bujang dan berhajat mahu mengumpul wang yang lebih untuk kegunaan masa depan, maka bertugas di kawasan pedalaman bukan saja dapat bantu mengurangkan kos perbelanjaan yang tidak perlu, malah anda juga dapat elaun tambahan.

Guru yang berkhidmat di pedalaman ini terutamanya di sekolah yang diketegorikan sebagai P2 dan P3 membolehkan guru mendapat elaun tambahan yang boleh disimpan, sehinggalah waktu cuti atau penghujung tahun nanti  boleh dimanfaatkan untuk percutian ke luar negara atau pun dibuat simpanan serta pelaburan peribadi.

Comments

comments