4 Perkara Ini Bukti Anak-Anak di Pedalaman Belajar Berdikari Sejak Usia Kecil Lagi

498

1. Belajar menguruskan diri

Oleh sebab lokaliti rumah dan sekolah yang terletak jauh dan perlu menempuh jalan darat atau jalan sungai sehingga berjam-jam lamanya, maka sejak usia kecil lagi pelajar-pelajar di pedalaman dihantar untuk tinggal di asrama saja.

Di asrama, mereka tidak akan ada kedua orang tua disamping mereka menguruskan semua keperluan harian seperti mana yang dinikmati oleh pelajar harian. Melainkan hanya ada warden asrama yang sekali-sekala memantau displin para penginap asrama sekolah.

Tinggal di asrama sejak sekolah rendah (Kredit Foto: Madeline Berma)

Tinggal di asrama menjadikan anak-anak ini terlatih dalam segala hal seperti menguruskan diri, bangun awal pagi, mencuci pakaian sekolah, menjaga kesihatan dan kebersihan diri dan mereka juga harus bergotong-royong membersihkan asrama mengikut jadual yang telah ditentukan. Disiplin inilah ternyata berjaya melatih anak-anak kecil di pedalaman untuk berikhtiar sejak di bangku sekolah lagi.

2. Belajar pelbagai kemahiran 

Sejak zaman kecil lagi anak-anak di pedalaman memang sudah terlatih mengendalikan motor sangkut, terutamanya kawasan rumah yang bergantung pada jalan sungai sebagai perhubungan utama dengan kawasan pekan.

Bukan saja anak laki-laki, malah anak perempuan yang masih dibangku sekolah rendah pun ada yang sudah mahir mengendalikan motor sangkut. Mereka dibimbing dari kecil sehinggalah boleh membawa perahu seorang diri.

Motor sangkut

Mahu mengemudikan motor air ini bukanlah mudah. Sekiranya mahu belok ke kiri, maka pemegang enjin motor perlu ditolak ke sebelah kanan. Ia adalah berlawanan arah! Tidak sama seperti membawa kenderaan seperti motosikar atau kereta.

Selain itu, pengemudi perahu juga harus tahu mengharungi ombak sungai yang terhasil daripada perahu atau kapal yang lalu-lalang, serta mengelak perahu dan motor sangkut daripada terlanggar kayu-kayu yang hanyut di sepanjang laluan sungai.

3. Membantu keluarga sejak kecil 

Sekiranya ada cuti atau hujung minggu yang mengizikan pelajar asrama balik ke rumah,  mereka akan memanfaatkan waktu yang ada untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah.

Contoh kisah adik Asdi di Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang pernah kami kongsikan sebelum ini, beliau meminta untuk tidak mengikuti kelas bimbingan kerana mahu membantu ayah memungut hasil hutan.

Asdi bersama kerbau nya yang selalu bantu menarik kayu dari hutan

Baca : Asdi Tidak Ikuti Kelas Bimbingan Demi Menolong Ayahnya Menarik Kayu dari Hutan Belantara

Aktiviti seperti menjala, memancing, menyelam dan menembak ikan sudah menjadi perkara biasa buat anak-anak kecil di pedalaman.

Disebabkan kondisi sebeginilah, anak-anak pedalaman lebih dambakan kerjayaan. Bagi mereka, mengecapi kejayaan mempunyai erti yang jauh lebih besar. Ia bukan sekadar pencapaian yang menentukan masa depan mereka semata-mata, tetapi juga untuk mengubah nasib keluarga.

4. Dahulukan adik & pelajar junior

Kasih sayang seorang abang (Kredit Foto: Wilson)

Seorang sukarelawan bernama Aliff Oslan yang menjalankan kerja sukarelawan di salah sebuah sekolah pedalaman di Sarawak, menulis:

“Sewaktu kami para sukarelawan mengagihkan roti kepada murid sekolah, saya sempat menghulurkan roti kepada salah seorang murid tahun 6.

“Namun, apa yang mengejutkan saya adalah dia membalasnya dengan meminta saya memberikan roti tersebut kepada adik-adik yang lain terlebih dahulu.

“Setelah semua murid mendapat bahagian roti masing-masing barulah dia mahu menerima roti pemberian kami”

Baca: Pada Usia Muda Mereka Sudah Pandai Hidup Berdikari

Di sekolah, terumatanya di asrama, sudah terdidik anak-anak kecil ini, mereka yang lebih senior haruslah memimpin dan menjaga adik-adik yang lebih junior. Bukan saja di sekolah, amalan serupa di rumah, abang akan sentiasa dahulukan adik, berikan sesuatu yang terbaik buat adik.



Comments

comments