Restoran Sarawak’s Bowl Buka Cawangan Ke-2 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

208

Restoran Sarawak’s Bowl akan membuka cawangan baru yang terletak di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur pada 9 Julai 2017 (Ahad) ini.

Sarawak’s Bowl menawarkan pelbagai jenis makanan popular Sarawak seperti laksa Sarawak, mee Jawa, mee sua, ayam pansuh dengan beras Bario, nasi lemak ayam goreng paha, mee kolok dan banyak lagi.

Ayam pansuh + beras Bario
Laksa Sarawak

Bersempena dengan perasmiannya pada 9 Julai 2017 ini, Restoran Sarawak’s Bowl menawarkan mee kolok percuma kepada 50 pembelian terawal.

Mee Kolok

Restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan asli Sarawak ini mula bertapak di Semenanjung menerusi cawangan pertama mereka yang beroperasi seawal tahun 2016, bertempat di Setapak Cetral Mall di Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Cawangan pertama di Setapak Cetral Mall

Dengan pembukaan cawangan baru di Sunway Putra Mall, warga kota di Kuala Lumpur tidak lagi perlu travel ke tempat yang jauh bagi menikmati pelbagai makanan tradisi Sarawak.

Sunway Putra Mall di Jalan Putra, Kuala Lumpur (Kredit Foto; Sunway Putra Mall)

Lokaliti Sunway Putra Mall yang terletak berhadapan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Hotel Seri Pasifik bukan saja menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah, ia juga strategik kerana menjadi tempat persinggahan para pelancong, selain mudah diakses menerusi pengangkutan awam seperti LRT (stesen Putra) dan komuter.

Restoran Sarawak’s Bowl – Cawangan Sunway Putra Mall (perasmian pada 9 Julai 2017)

  • Alamat : Tingkat 4, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur
  • Hari Operasi : Isnin hingga Ahad
  • Masa Operasi : 10.00am hingga 10.00pm

 



Comments

comments