8 Julai 2017: Majlis Ngiling Bidai di Rumah Asap Borneo Cheras Kuala Lumpur

481
Kredit Foto : Saeksarn Sinnaso

Majlis Ngiling Bidai akan berlangsung pada 8 Julai 2017 (Sabtu) ini, bertempat di Rumah Asap Borneo Kuala Lumpur. Acara tersebut akan bermula seawal 6.00petang dan dijangka tamat pada 2.00pagi.

Rumah Asap Borneo di Cheras, Kuala Lumpur

Majlis Ngiling Bidai ataupun mengulung tikar adalah acara yang dilakukan memberi signifikan perayaan Hari Gawai Dayak telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu.

Baca juga : 10 Info Menarik Tentang Sambutan Hari Gawai Dayak 

Acara “Ngiling Bidai” yang berlangsung pada 8 Julai ini nanti adalah initiatif oleh Rumah Asap Borneo Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Serian serta Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA).

Menurut pihak penganjur, sebanyak 30 buah meja khas berserta kanopi dan pentas akan didirikan di kawasan parkir bersebelahan Rumah Asap Borneo bagi menjayakan Majlis Ngiling Bidai. Setiap meja yang disediakan itu mampu memuatkan 10 tetamu (tempahan awal iaitu RM300 sebuah meja).

Selain itu, lebih 70 buah meja tambahan akan disediakan di Rumah Asap Borneo dan sekitarnya bagi tetamu yang mahu “walk-in” menikmati buffet (dengan bayaran RM5 sahaja) atau memesan juadah dari gerai-gerai yang terdapat di Rumah Asap Borneo.

Para tetamu yang hadir ke Majilis Ngiling Bidai adalah digalakkan memakai baju tradisional kaum masing-masing.

Selain aktiviti kemuncak iaitu “Ngiling Bidai”, pelbagai acara dan persembahan turut diadakan sepanjang malam itu. Berikut adalah tentatif program malam sambutan:

Tentatif Majlis Ngiling Bidai di Rumah Asap Borneo, Cheras, Kuala Lumpur

Keunikan Rumah Asap Borneo

Restoran yang terletak di 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur ini beroperasi secara rasmi pada 12 Mac 2017. Ia diasaskan oleh Tn. Alfred Anak Bajok @ Tn. Bert yang mendapat inspirasi daripada konsep “Rumah Asap Dayak” di Sarawak.

Rumah Asap Borneo di Cheras ini menyediakan makanan tidak halal yang mengabungkan makanan-makanan dari Sarawak, Sabah dan komuniti lokal di Kuala Lumpur.

Antara menu harian Sabah dan Sarawak yang boleh didapati di Rumah Asap Borneo adalah seperti: pansuh (jani, ayam, ikan), daging panggang, pelbagai jenis perkasam, daun ubi goreng, mee kolok, mee kampua, mee goreng basah,  mee dawai, laksa Sarawak, kuih penyaram, Umai, Soto Sabah, bihun Sabah, ikan masin goreng lada putih dan sebagainya.

Kuih penyaram di Rumah Asap Borneo (Kredit Foto: Hannah Roy Wilfred)
Mee Goreng Basah di Rumah Asap Borneo (Kredit Foto: Mathida Gelley Minchong)

Baca juga : Rumah Asap Borneo Dibuka di Cheras, Kuala Lumpur

Terdahulu, pada 31 Mei 2017 yang lalu, Rumah Asap Borneo Cheras Kuala Lumpur turut mengadakan sambutan Hari Gawai Kaamatan, khususnya bagi meraikan anak perantauan Sabah dan Sarawak yang tidak dapat balik beraya bersama keluarga.

Sambutan Gawai Kaamatan pada 31 Mei di Rumah Asap Borneo
Sambutan Gawai Kaamatan pada 31 Mei di Rumah Asap Borneo
Sambutan Gawai Kaamatan pada 31 Mei di Rumah Asap Borneo

Baca juga : 31 Mei 2017, Sambutan Gawai Kaamatan di Rumah Asap Borneo Cheras Kuala Lumpur

Waktu Operasi Rumah Asap Borneo

  • Hari: Isnin hingga Ahad (cuti pada Selasa minggu kedua & keempat)
  • Masa : 8.00pagi hingga 12.00 tengah malam
  • Lokasi : 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras



Comments

comments