Apa Yang Ibu Rindukan Adalah Panggilan “Mak” Daripada Anak-Anak

201

“Aku terkedu mengenang cerita seorang nenek tua yang aku temui petang tadi, aku bertanya kenapa dia memilih untuk duduk di kawasan yang bingit dan hiruk sebegitu.

Dia hanya senyum dan berkata dunia ini baginya adalah sunyi tanpa panggilan “mak” daripada anak-anak nya dan sudah lama rasanya dia hidup bertemankan sunyi. Saat itu juga terasa berat beban yang sesak di mata” – Syafiq.

Kredit Foto: Syafiq

Sebagai anak yang merantau jauh untuk bekerja, mencari duit demi mengubah keadaan hidup diri dan keluarga tentu saja menjadi matlamat utama.

Ada kalanganya dalam kesibukan mengejar “kejayaan dan kesenangan” yang diimpikan dan atas sebab kekangan kerja, waktu melawat orang tua di kampung semakin kurang.

Kadang setahun dapat balik sekali, kadang beberapa tahun baru dapat balik ke kampung melawat mereka. Apatahlagi ada antara kita yang sudah menetap dan memulakan kehidupan baru di tempat lain. Tentu banyak cabaran hidup, halangan dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga sendiri yang harus dibereskan.

Maka, cara terbaik bagi membalas jasa dan didikan orang tua di kampung adalah dengan mengirim wang belanja untuk kedua orang tua kita tiap-tiap bulan

Apapun, bagi orang tua kita yang semakin meningkat usia mereka, wang ringgit kadangkala bukan lagi apa yang mereka mahukan daripada anda.

Mungkin yang tersemat di fikiran orang tua kita saat ini “Aku tidak kisah melewati hari-hari tuaku dengan alam sebagai peneman, yang amat aku rindukan adalah panggilan “Mak” daripada anak-anak ku. Dapatkah aku mendengarnya lagi?? Sempatkah aku menghayati gelak tawa dan mesra manja anak-anak dan cucu-cucu ku dengan sisa usia yg menuju senja ini? – Syafiq

Ibu rindukan anak lebih daripada wang ringgit.

Kredit Foto: Syafiq

Tidak kira betapa jauh dan betapa sibuk dengan kerja, luangkan masa balik ke kampung, luangkan waktu bersama mereka, sementara mereka masih ada. Setidak-tidaknya pun buat panggilan telefon kepada kedua-dua orang tua kita untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka kerana di satu sudut mereka sedang ternanti-nanti akan sentuhan kasih daripada anda.

Comments

comments