Tahun 2015, Saya Hidup Susah. Kini Mulakan Lembaran Hidup Yang Baru!

881

Tahun 2015 saya hidup susah.

Walaupun ada kerja tetap tapi kewangan tak stabil. Lepas kahwin kami terus dapat anak dan disebabkan ada masalah dgn tuan rumah (waktu tu masih menyewa) kami buat keputusan beli rumah subsales. Lepas beli rumah dan bayar deposit + legal fees, kewangan makin menyusut dan gaji waktu itu hanya cukup-cukup.

Jika dikenang kembali memang sedih. Syukur dapat wife yang sanggup hidup susah. Kami berjimat cermat dan perbelanjaan keluarga dikawal dengan ketat. Part paling sedih bila nak hujung bulan, asyik kira hari bila gaji akan masuk. Maklumlah hidup di Klang valley ini kos hidup sangat tinggi. Nak menabung memang payah kerana kos hidup yang tinggi.

Perkara yang paling sedih adalah bila beli barang keperluan anak. Rasanya tak sampai hati bila berkira bila barang anak especially beli susu. Bila tengok muka anak memang sayu dan sedih sebab kita sebagai ayah tak dapat nak berikan yang terbaik.

Bulan May 2015, kami diberikan rezeki yang sangat berharga bila isteri saya disahkan mengandungkan anak kami yang kedua. Saya sedar saya kena kerja kuat kerana anak dah nak bertambah dan perbelanjaan juga akan bertambah. Tapi saya sedar kerja makan gaji susah sikit kerana walaupun kita kerja kuat tapi gaji tetap macam itu. Saya terfikir nak kerja part time mengajar di kolej lain tapi takut tak larat dan ditambah juga menyalahi peraturan syartikat tempat bekerja.

Nasib saya makin buruk bila datang surat PTPTN yang mengatakan saya dah disenarai hitam, bila banyak tungakan tak dibayar. Baru saya sedar dah hampir dua tahun tidak bayar.

Akhirnya saya berdoa minta panduan apa yang saya perlu buat. Tuhan tunjukan jalan supaya saya terlibat dengan online business. Saya buat research dan cari produk apa yang sesuai di jual. Banyak produk saya jumpa tapi tak memenuhi kriteria seperti komisen yang sangat sedikit, sistem yang tak bagus dan produk tak ada wow factor.

September 2015, saya terjumpa dengan stokis Dexandra Kajang Louis Anak Jumpot di Cheras semasa dia buka booth. Wife saya sempat beli sebotol tester Dexandra Her. Balik rumah saya hairan kenapa la wife saya ini asyik wangi jer. Baru saya sedar saya dah jumpa produk terbaik untuk saya jual.

Saya contact stokis Kajang dan bersetuju untuk jadi agent kerana saya melihat pulangan jualan retail sangat tinggi dan saya boleh recruit dropship untuk tolong saya jual. Sambil cari duit boleh bantu orang lain juga kan.

Saya jadi agent September 2015 dan sejak dari itu saya tak menoleh kebelakang. Dalam masa 3 hari saya mampu jual 40 botol. Bulan berikutnya saya mampu jual 200 botol dan jualan terus meningkat. Kemuncaknya adalah Jan & Feb 2016 dimana team saya mampu jual lebih dari 1000 botol sebulan dan kam jadi team agent No 1 Malaysia untuk dua bulan berturut-turut.

March 2016 saya di lantikan jadi stokis dan pada mulanya saya tak nak sebab tak nak keluar dari group sifu saya yang banyak membatu saya. Hari demi hari team saya makin membesar hingga sekarang. Sejak jadi stokis rezeki tak pernah putus dan banyak impian saya tercapai bila join keluarga Dexandra.

Apa yang paling mengembirakan saya bila saya mampu bantu orang lain cari side income dan tambah pendapatan keluarga.

Hidup adalah pilihan. Saya boleh memilih untuk tidak berusaha kerana saya ada keluarga yang boleh support saya dari segi kewangan. Tapi saya nak berusaha sendiri. Nak kumpul duit tanpa bantuan keluarga dan paling penting berjuang untuk BIG WHY saya iaitu anak-anak saya.

Jika anda susah jangan mengeluh tapi fikirkan jalan untuk keluar dari hidup yang susah. Akhir sekali kena bertindak. Ramai yang nak berjaya tapi hanya sedikit yang bertindak.

NOTA EDITOR: Kami pernah kongsikan kisah Tuan Serit Banyan pada awal tahun ini. Baca : Ceburi Bisnes Anak Muda Sarawak Ini Raih Pendapatan Sampingan 5 Angka Sebulan

Comments

comments