Datang, Rasa dan Alami Sendiri Pengalaman Manis Bertugas di Pedalaman!

817

Pada 18-21 Jun 2017 yang lepas, menerima kehadiran 27 orang mahasiswa/i UPSI yang menjalankan program di SK Nanga Pelagus, Kapit, Sarawak.

Tidak banyak yang mampu dikongsikan memandangkan waktu yang agak singkat bagi sesi perkongsian pengalaman oleh guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di SK Nanga Pelagus. Tapi, rasanya coretan pengalaman dari tiap guru yang berkongsi rasa, jelas menceritakan segalanya.

Soalan-soalan yang biasa diajukan oleh orang luar turut disoal sewaktu sesi perbincangan:

  • Apa first impression guru-guru bila dapat berita dipostingkan di pedalaman?
  • Ada rasa nak balik mngajar di tempt sendiri tak?
  • Macam mana nak serasikan diri dengan orang lokal?
  • Apa aktiviti yang guru-guru buat dekat dalam ini?
  • Apa pendapat guru-guru tentang dukalara?
  • Apa isu sebenarnya yang jadi dukalara? Bukan elaun banyak ke?

Masa perkongsian dengan warga UPSI, rata-rata ramai yang kagum dengan ketabahan guru-guru pedalaman. Mungkin sebab mereka sendiri yang rasa perjalanan ke sini. Walaupun sebenarnya masih banyak lagi sekolah pedalaman yang lagi sukar dari SK NG Pelagus. Bagi mereka, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mcm tu la kot? Hehe.

Rumusan dari persoalan-persoalan itu, aku sebagai guru yang mungkin kategori setahun jagung lagi di pedalaman Kapit ini boleh cakap yang “korang boleh judge apa yang korang nak, cumanya kalau ada peluang, datang, rasa and alami sendiri pengalaman manis yang tak boleh nak beli kat mana-mana”.

Mula-mula memang rasa sukar, tapi setelah kamu sudah rasa selesa dengan keadaan sekeliling, semua benda kamu akan rasa nak explore, rasa nak join and tambah dalam koleksi buku pengalaman supaya boleh dicerita dekat anak cucu nanti.

Baca juga: Daerah Sepi, Tetapi Bila Diterokai Pasti Akan Mendapat Sesuatu

Tapi itulah sebab rata-rata bila tengok sekarang ini, penempatan guru-guru baharu tidak lagi ditempatkan ke kawasan pedalaman amnya, Sabah dan Sarawak. Mungkin KPM ada perancangan mereka. Kita yang masih disini kena yakin dengan percaturan Allah. Kan?

Terakhir, semoga warga MPP UPSI yang diberi peluang ke sini, mampu membuka minda masyarakat Malaysia yang mana kehidupan di pedalaman tidaklah seteruk yang digambarkan. Masih ada warna yang mampu diraih andai diri bijak mengawal emosi.

Catatan: Cikgu Syazwan Sanosi 

Baca juga: Menjala Ikan di Jeram Pelagus, Kapit Sarawak



Comments

comments