Perut Ikan Kering Boleh Cecah Ratusan Ringgit Sekilo

618

Bagi kebanyakan kita, perut atau gelembung ikan seringkali dibuang saja kerana tidak sedar nilai dan manfaatnya.

Namun sebenarnya perut ikan kering mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan dianggap sebagai makanan premium bagi sesetengah masyarakat.

Perut ikan tapah yang telah dikeringkan

Harga jualan sekilo perut ikan kering boleh mencecah antara RM300 hingga RM1000 sekilo bergantung pada gred, ukuran dan jenis gelembung atau perut ikan kerana tidak semua gelembung ikan berharga.

Selain itu, harga jualan turut dipengaruhi oleh kebijaksanaan mencari penjual atau pemborong yang sanggup menawarkan harga yang tinggi tanpa melibatkan orang tengah seperti jualan terus kepada peniaga herba dan pengusaha restoran makanan Cina.

Proses pengeringan perut atau gelembung ikan (Kredit Foto: Hendrik)

Perut ikan kering banyak digunakan dalam masakkan sup dalam komuniti Cina kerana gelembung tersebut dikatakan adalah sumber kolagen (yang banyak ditemukan dalam produk kecantikan) yang baik untuk kesihatan kulit, meningkatkan metabolisme, membantu kesuburan serta kecerdasan bayi sejak dalam kandungan.

Sekiranya dulu perut ikan kering sering dibuang, lepas ini anda boleh menimbangkan untuk menyimpan perut ikan untuk dikeringkan dan dijual. Simpan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi duit.

Comments

comments