5 Jenis Papan Pencuci Pakaian

63

Zaman dulu mungkin agak mudah menemui papan pencuci pakaian yang diperbuat daripada kayu. Tiap isi rumah pasti memiliki satu papan pencuci yang digunakan untuk mencucui pakian

Sekarang, isi rumah mungkin tidak lagi menggunakan papan pencuci untuk mencuci pakaian kerana adanya mesin basuh. Dobi layan diri juga boleh didapati dengan mudah di deretan kedai.

Pun begitu, di pasaran, papan pencuci masih mempunyai permintaan daripada sebahagian lapisan masyarakat sehinggakan pelbagai jenis papan pencuci telah diinovasikan dan dipasarkan untuk menyenangkan penggunaanya.

1. Papan Pencuci berasaskan kayu

Papan pencuci berasaskan kayu (Kredit Foto: Yi Chang)

Inilah rupa bentuk papan pencuci asli yang diperbuat daripada kayu. Selalunya kayu jenis tahan reput seperti belian akan digunakan untuk membuat papan pencuci supaya tidak mudah reput atau rosak.

2. Papan Pencuci Plastik

Papan cuci plastik (Kredit Foto: AliExpress)

Sungguhpun zaman sekarang hampir tiap isi rumah miliki mesin basuh, namun papan ini masih digunakan mengosok pakaian secara manual kerana yakin hasil cucian lebih bersih. Maka, terciptannya papan pencuci yang diperbuat daripada plastik yang jauh lebih ringan, dan tahan kerosakkan berbanding dengan papan kayu.

3. Papan Pencuci digabungkan dengan baldi

Papan pencuci 2 dalam 1 (Kredit Foto: Sekilau)

Kreativiti manusia tidak pernah terbatas. Apabila ada masalah, maka di situlah terletaknya peluang untuk para pengusaha mencari solusi dan mencipta, mengadaptasikan ciptaan lama, sekaligus mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Hasilnya, terciptalah gabungan papan pencuci yang dicantumkan dengan baldi, memboleh si pengguna menakung air dalam baldi, sambil memudahkan lagi kerja-kerja mengosok dan mencuci pakaian.

4. Papan Pencuci “berkaki” dan punyai ruang letak sabun

Salah satu cabaran menggunakan papan pencuci adalah ia diletakkan secara mendatar diatas lantai, menyebabkan tukang cuci perlu membongkok, dan untuk tempoh yang lama sudah tentu akan merasa penat dan menyakitkan.

Maka itu, ciptaan papan pencuci yang punyai “kaki” ini akan mencerunkan papan pencuci, mengurangkan posisi membongkok secara melampau oleh pengguna, selain mempunyai ruangan khas meletakkan sabun pencuci.

Mempunyai ruang letak sabun (Kredit Foto: Tokopedia)

5. Papan Pencuci Mini

Papan pencuci mini (Kredit Foto: AliExpress)

Papan pencuci mini ini boleh dimasukkan ke dalam jari dan ia diperbuat daripada getah yang kenyal yang membolehkan si pengguna membersihkan permukaan pakaian dengan mudah.



Comments

comments