SK Long Sepiling, Baram Sarawak Berjaya Raih Anugerah “Best Story Telling” di Tokyo Jepun

216

Siapa sangka sekolah terpencil diceruk pedalaman Baram ini ada sinar permata menyinari dunia.

SK Long Sepiling, Baram, Sarawak bukan sekolah biasa-biasa lagi namun ia menjadi sekolah luarbiasa bila berjaya meraih anugerah Best Story Telling dalam Anugerah KWN Global Summit di Tokyo, Jepun hari ini.

Pertandingan Video Pendek ini dibuat oleh murid-murid SK Long Sepiling dan dibimbing oleh guru matematiknya iaitu Cikgu Muhammad Saffuan dari Pulau Pinang dan Cikgu Mohd Fadli Abd Salam dari Besut Terengganu mengisahkan tentang KUASA TANGAN.

Seorang murid sekolah tersebut iaitu adik Micheal Anak Nyamun yang mewakili rakan-rakannya lagi 3 orang. Fiona Fredick (orang Kayan), Anilov Fabien Tingang (Kayan) dan Juwita anak Ulean (Iban) dalam penganugerahan tersebut.

Tajuk video itu ialah “The Power of Hands”. Pertandingan yang dianjurkan oleh Panasonic merupakan satu pertandingan yang mengalakkan minat kreativiti murid dalam pembikinan video pendek.

Berikut adalah petikan kata kata cikgu Muhammad Saffuan dalam laman Facebook nya.

“Dari Sepiling ke Tokyo” Alhamdulillah. The Best Story Telling” Tahniah kepada semua team KWN SK Long Sepiling dan warga SK Long Sepiling. Tak lupa kepada rakan-rakan yang membantu team kami. Kami dah buktikan anak-anak pedalaman boleh!

Tahniah cikgu! Inilah yang kita mahu, kembara dari Pulau Pinang ke Baram dengan iltizam tinggi menjulang Sarawak dimata dunia.

Tahniah Cikgu Fadli Abd Salam, Muhammad Saffuan dan team KWN SK Long Sepiling.

Tahniah juga kepada Guru Besar Cikgu Jep Majidi SK Long Sepiling yang menyokong usaha positif ini.

Artikel oleh Cikgu Emmet Menulis



Comments

comments