Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Kini Dibuka

5466

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).

Syarat-syarat Asas:

  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak
  • Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara : Ijazah Pertama untuk pengajian di dalam negara sahaja & Ijazah Lanjutan untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

Syarat Khusus (Akademik):

  1. IJAZAH PERTAMA : Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;
  2. IJAZAH LANJUTAN : Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana,

Cara Memohon

  • Muat Turun BORANG PERMOHONAN
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI.
  • Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada SETIAUSAHA KERJA, YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN d/a Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching Sarawak

Tarikh Tutup : 14 September 2017

Lampiran Iklan Penuh: Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

VIDEO PILIHAN: 

Comments

comments