Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Sesi 2017/2018 Kini Dibuka

866

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) kini dibuka untuk sesi 2017/2018. BPKNS adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk: Yuran Pengajian Elaun Sara Hidup Elaun Pengangkutan Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain.

Syarat Permohonan

  • Merupakan warganegara malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak
  • Sedang mengikuti pengajian bagi kursus-
  • Kursus di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di intitusi pengajian tinggi awam sahaja.
  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam/ badan berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon.

Cara Permohonan

  • Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui di laman web http://escholarship.sarawak.gov.my
  • Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen asal
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
  • Antara bidang pengajian yang ditaja adalah kejuruteraan, sains dan sains gunaan, undang-undang, pengurusan, ekonomi dan perniagaan, sains sosial dan teknologi maklumat.

Urusan Pertanyaan

Sebarang urusan pertanyaan sila hubungi pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di tingkat 9 & 10, Wisma Satok,
Jalan Satok, 93400 kuching atau di talian 082-236325 atau 082-236554.

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Ogos 2017

Menurut portal permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS), pelajar yang ditawarkan BPKNS hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Baca juga: Permohonan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) @ Yayasan Sarawak



Comments

comments