Aiskrim Gula Apong Sarawak Kini Boleh Didapati di Kampung Baru Kuala Lumpur

1407
DP Ice Cream (Kredit Foto: Iman Al Azhari)

Aiskrim Gula Apong adalah manisan aiskrim yang cukup unik, menjadi menu mesti sekiranya anda berkunjung ke Sarawak.

Di bandaraya Kuching, Sarawak, DP Ice Cream Gula Apong adalah antara jenama aiskrim gula apong yang paling popular dan setakat ini ia telah mempunyai 8 cawangan keseluruhannya.

Berikut adalah senara cawangan DP Ice Cream Gula Apong yang terletak di Sarawak:

  • Kapit Hotel, Jalan Padungan
  • Tabuan Park
  • Junrong Sukma, Petrajaya
  • E-Mart Mall, Batu Kawa
  • Aiman Mall, Kota Samarahan
  • TAZ Kolej, UNIMAS
  • Metrocity Matang
  • Uptown Civic Center, Kuching
Askrim gula Apong

Baru-baru ini pula, DP Ice Cream Gula Apong telah membuka cawangan pertama mereka di Semenanjung yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pembukaan cawangan pertama di Semenanjung pada 5 Mei 2017

Baca juga : Keunikan dan Kegunaan Gula Apong Sarawak

Lokaliti DP Ice Cream Gula Apong adalah strategik dan mudah diakses menggunakan pengangkutan awam.

Sekiranya anda naik LRT, hanya perlu turun di LRT Stesen Kampung Baru. Tambang dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kampung Baru hanyalah RM1.00.

Sebaik sampai di Stesen Kampung baru, jarak gerai DP Ice Cream Gula Apong dalam lingkungan 1km atau kurang daripada 5 minit sekiranya anda berjalan kaki.

Hari dan Waktu Operasi DP Ice Cream Gula Apong

  • Hari Operasi : hari iaitu Isnin hingga Ahad
  • Waktu Operasi : 12.00 tengahhari hingga 12 tengahmalam
  • Alamat Penuh : 54B-4, Jln Daud Kampung Baru, Kuala Lumpur (berhadapan dengan kawasan parkir Hospital Al-Islam)

Tontoni video klip pendek trip kami mengunjungi DP Ice Cream Gula Apong Cawangan Kuala Lumpur.

Video: DP Ice Cream Gula Apong di Kampung Baru Kuala Lumpur

Baca juga : Keunikan dan Kegunaan Gula Apong Sarawak

Comments

comments