Laksa Sarawak Aunty Christina Kini Berpindah Ke Sea Park, Petaling Jaya Selangor

422

Laksa Sarawak Aunty Christina memang cukup popular dan terkenal dalam kalangan komuniti di Kuala Lumpur kerana keaslian dan konsistensi rasanya. Laksa Sarawak Aunty Christina juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai Top 50 Street Foods oleh Kementerian Pelancongan.

Laksa Sarawak Aunty Christina (Kredit Foto: KYSpeaks)

Aunty Christina yang berasal daripada Kuching, Sarawak telah mengusahakan jualan Laksa Sarawak hampir 18 tahun.

Sebelah kanan adalah Aunty Christina. Foto ketika masih beroperasi di lokasi lama iaitu Lucky Garden, Bangsar.

Setelah beroperasi hampir 18 tahun di Lucky Garden yang terletak di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur, Aunty Christina kini berpindah dan membuka restoran di Sea Park, Petaling Jaya.

Baca juga: 5 Jenis Mee Segera, Youtuber Jepun Ini Paling Suka Mee Lee Fah – Sarawak White Curry

Restoran tersebut telah mula beroperasi pada 20 Jun 2017 yang lepas yang mampu menyediakan persekitaran restoran yang lebih bersih, selesa dan luas berbanding tempat berniaga terdahulu.

Suasana dan persekitaran yang selesa di restoran baru

Antara review oleh para pelanggan yang telah berkunjung ke restoran baru di Sea Park:

Tasted the original Laksa in Sarawak before, the Laksa broth here is definitely the same flavour but thicker which is very much my preference. Can’t find any other Sarawak Laksa in kl which can match auntie Christina’s. Definitely will return for another bowl” – Gilbert Lee

The Best Sarawak Laksa in town. Super yummy and delicious. Serve with fresh prawn together with thick flavored Laksa gravy, chicken slices, egg slices and bean sprouts. Highly recommended” – Calies Chow

Clean restaurant. Make sure you go early. They have certainly improved from the chaos of their early days after opening in PJ. Their staff really are a friendly bunch. So, always fun to eat here. One of the better Sarawak Laksa places around Klang Valley” – Viji Rajasundram

The best and one and only Sarawak Laksa in KL, if you miss home like Kuching or Sarawak, this will be the best to relive that moment in hometown” – Kennet Ho

Lokaliti & Waktu Operasi Restoran Aunty Christina

Alamat penuh : No. 26, Jalan 21/19, Sea Park, Petaling Jaya

Waktu Operasi : 8.00am – 2.00pm

Comments

comments