Lan Berambeh Anak Sarawak Di PWTC Kuala Lumpur, 7 Oktober 2017

729

Lan Berambeh Anak Sarawak adalah acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung tiap tahun.

Acara tersebut yang kini memasuki tahun ke-10 penganjurannya bertujuan mengumpulkan anak-anak Sarawak dari serata negeri di Semenanjung. Pada tahun lepas, lebih 10, 000 anak-anak Sarawak hadir dalam sambutan tersebut.

Majlis Makan Malam @ Lan Berambeh Anak Sarawak

Selain acara kemuncak pada sebelah malam iaitu Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh pemimpin negeri, termasuk TYT Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak, pelbagai program turut diadakan sejak awal pagi lagi. Umpamanya tahun lepas, program yang diadakan termasuklah ekspo kerjaya, pembinaan kerjaya dan randau bersama menteri dan sebagainya.

Sesi forum bersama anak Sarawak
Pameran kraftangan & kerjaya

Pada tahun ini, Lan Berambeh Anak Sarawak akan diadakan pada 7 Oktober 2017 (Sabtu), bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC, Kuala Lumpur.

Comments

comments