Rakam Movie di Pawagam & Muatnaik di Facebook, Ini Respon Pihak Pengurusan Pawagam Pada Pengguna Terbabit

260

Tindakan seorang pengguna merakam movie “Abang Long Fadil 2” di pawagam dan kemudian memuatkan video berkenaan di laman sosial Facebook berjaya dikesan oleh pihak pengurusan pawagam yang terletak di Sibu, Sarawak.

Pihak pengurusan pawagam terbabit dalam respon mereka di media sosial menuntut pengguna tersebut memadamkan hantaran video tersebut dengan serta-merta.

Pengguna terbabit akan disenarai hitam daripada menonton movie di pawagam berkenaan, selain berisiko berdepan dengan tindakan perundangan, menurut status Facebook yang disiarkan di laman rasmi pawagam itu.

Comments

comments