Ini 4 Sebab Yang Akan Buatkan Anda “Jatuh Cinta” Pada Pulut Panggang Sibo

Serius sedap Pulut Panggang Sibo

174

Selagi anda belum merasa “Pulut Panggang Sibo” @ Sibu, Sarawak, anda tidak mungkin dapat membezakan antara keunikan yang terdapat pada Pulut Panggang Sibo dengan pulut panggang biasa.

Setelah mencuba “Pulut Panggang Sibo”, aromanya akan membuatkan anda selalu terkenang akan nikmatnya, rasa yang tidak mungkin anda dapat temui pada pulut panggang biasa.

Mungkin bagi sesetengah orang, pulut panggang hanyalah kuih atau makanan yang tidak ada apa yang istimewa kerana ia hanyalah beras pulut yang dibalut dengan daun pisang dan kemudiannya dibakar, dan apabila dijamu cuma rasa pulut.

Namun, setelah mencuba “Pulut Panggang Sibo” anda pasti dapat menemui keunikan pulut panggang Sarawak:

1. Biji beras pulut yang tidak melekit

Apabila mengunyah pulut panggang Sibo, anda boleh rasa bijian beras pulut dan ia tidak melekit. Ini berbeza dengan pulut panggang yang biasa dijual di luar, dimana beras pulutnya terlalu lembut sehinggakan melekit.

2. Beras pulut punyai aroma santan dan haruman daun pisang

Pulut Panggang Sibo mempunyai aroma santan dan wangian daun pisang yang dibakar meresap dengan sebati ke dalam pulut. Barangkali ia dibakar dengan bara api yang membuatkan haruman daun pisang itu betul-betul meresap ke dalam, berbanding dengan penggunaan ketuhar oleh pembikin pulut panggang yang lain.

Saat anda menyuapkan pulut itu ke dalam mulut, haruman itu langsung memenuhi ruang mulut anda.

3. Rasa Lemak

Resepi orang lama ternyata membuatkan Pulut Panggang Sibo lebih sedap kerana berjaya menghasilkan pulut yang cukup rasa lemaknya. Sedap hingga tidak terkata dengan rasa lemak dan masinnya secukup rasa.

4. Bertambah selera apabila digandingkan dengan segelas “Teh Panas”

Tidak lengkap hanya bersarapankan Pulut Panggang Sibo tanpa segelas minuman.

Sekiranya anda mahu memaksimakan nikmat pulut panggang, pastikan anda gandingkan ia dengan segelas teh panas.

Manisan pada teh akan menambahkan “rasa manis”, manakala air teh panas pula akan “mencairkan” pulut panggang di mulut anda.

Sesuap pulut panggang dan seteguk teh panas akan menaikkan haruman teh yang kemudiannya diikuti dengan aroma santan serta wangian daun pisang yang dibakar. Puas!

Di Sibu, anda perlukan rekomen orang lokal untuk membolehkan anda dapatkan pulut panggang yang serius sedap.

Antara lokaliti yang selalunya ada menjual pulut panggang adalah Sibu Central Market dan Pasar Malam Sibu. Manakala yang paling popular adalah Pulut Panggang Sibo Kak Noor yang terletak di Kampung Hilir – lebih kurang 2km dari pusat bandar Sibu.

Baca juga: 5 Info Menarik Tentang Pulut Panggang Sibu Sarawak!

Comments

comments