5 Sifat Khas Orang Sabah & Sarawak Yang Buat Orang Luar Kagum Dengan Kita

Keunikan karakter pada anak Borneo!

3445

Orang Sabah dan Sarawak terkenal dengan kepelbagaiaan etnik, budaya, bahasa dan agama.

Sungguhpun terdiri daripada komuniti yang berlainan latar belakang, ia tidak pernah menghalang orang Sabah dan Sarawak daripada bersatu, bertolerasi, menghormati orang lain dan hidup bersama secara aman.

Salah satu sebab adalah kerana didikan dari kecil serta teladan yang baik dari orang tua yang kemudiannya membentuk karakter-karakter yang cukup unik dalam kalangan orang Sabah dan Sarawak.

1. Mereka percaya, hormat dan memahami orang lain

Keunikan di Sabah & Sarawak (Kredit Foto: Kuching Food Critics)

Dari usia kecil lagi, anak-anak Sabah dan Sarawak sudah dididik bergaul dengan komuniti yang berlainan latar belakang etnik dan agama. Sungguhpun mereka berbeza, tetapi mereka belajar percaya, menghormati dan memahami keperluan orang lain.

Justeru, memiliki sahabat dalam kalangan anak Sabah dan Sarawak akan membuatkan anda rasa amat dihormati sungguhpun berlainan bangsa atau agama. Mereka sama sekali tidak akan mempertikaikan kepercayaan serta amalan orang lain.

Baca juga: Terima kasih orang Sabah sebab mengajar saya tidak prejudis pada agama lain

2. Mereka terkenal dengan keramahan & layanan baik

Orang Sabah dan Sarawak memiliki tahap hormat tetamu yang tinggi. Tiap orang yang datang berkunjung ke rumah mereka pasti disambut dan diberi layanan yang baik.

Bukan tetamu yang berkunjung ke rumah saja, malahan orang asing atau orang yang tidak dikenali, mereka tetap ramah dan sedia memberikan pertolongan sekiranya perlu.

Baca juga: Orang Iban Amat Hormat Tetamu! 

3. Mereka juga rajin, berdikari dan tidak memilih pekerjaan

Orang Sabah dan Sarawak memang diakui kerajinan mereka. Apa pun jenis pekerjaan mereka sanggup lakukan asalkan mendatangkan rezeki yang halal.

Tidak kira laki-laki atau perempuan, mereka sejak usia kecil lagi sudah pelajari pelbagai kemahiran hidup untuk berdikari.

4. Murah dengan senyuman

Senyuman dan keriangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ia adalah pemberian yang terbaik kepada seseorang, menandakan anda gembira dan seronok dengan kehadiran orang lain.

5. Mereka memiliki keberanian yang luar biasa

Sebut saja orang Sabah dan Sarawak tentu akan buatkan anda terbayang akan keberanian mereka. Bukan saja keberanian dalam kalangan pahlawan perang, tetapi juga anak-anak kecil yang berani bertanggungjawab.

Foto diatas adalah tentang kisah keberanian seorang kanak-kanak berusia 5 tahun menyelamatkan 2 orang adiknya yang masing-masing berusia 3 tahun dan 1 tahun semasa berlakunya kebakaran rumah panjang

Baca juga : Kanak-kanak 5 Tahun Selamatkan 2 Orang Adiknya Ketika Kebakaran Rumah Panjang

Karakter-karakter ini menjadikan orang Sabah dan Sarawak begitu unik di mata dunia dan menjadi daya tarik tersendiri bagi warga Borneo.

Comments

comments