Terima Kasih Tuan Kuan, Rumah RM1 Sangat Membantu Kami Yang Datang Jauh Mendapat Rawatan di KL

12796

Niat seorang anak Sarawak iaitu Puan Nana (bukan nama sebenar) yang mahu membawa keluarganya menginap di Rumah RM1 untuk beberapa minggu saat anaknya menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, bukan saja diterima, malah beliau turut ditawarkan pengangkutan berupa kereta tanpa sebarang sewa oleh Tuan Kuan Chee Heng, pengasas Rumah RM1.

“Saya ingin mengucapkn terima kasih banyak kepada Tuan Kuan dengan ada nya Rumah RM1 sangat-sangat membantu kami yang datang dari jauh untuk mendapat rawatan di KL” kata Puan Nana ketika dihubungi oleh Borneo Dihati.

Rumah RM1 yang terdiri daripada rumah teres dua tingkat di Taman Puchong Utama, Puchong adalah usaha Tuan Kuan Chee Heng untuk membantu keluarga pesakit yang tidak mampu menyewa hotel bajet – berulang alik ke hospital bagi melawat ahli keluarga mereka yang sedang dirawat di hospital.

Terdahulu, skrin perbualan yang dimuatkan di laman media sosial milik Tuan Kuan Chee Heng itu telah dikongsikan lebih 600kali.

Antara komen-komen pengguna media sosial yang menyuara rasa terharu dan pujian pada Tuah Kuan:

Tuan Kuan Chee Heng banyak melakukan kerja kebajikan di Semenanjung.

Beliau membantu golongan yang memerlukan tanpa membezakan latar belakang etnik, agama dan fahaman politik si penerima bantuan.

Selain itu, usaha Tuan Kuan Chee Heng turut mendapat dukungan daripada pengikut-pengikut beliau yang mencecah 240K orang di laman media sosial Facebook.

Seringkali apabila memerlukan sumber kewangan dan derma untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan, pengikut beliau di media sosial Facebook cukup bermurah hati memberi sumbangan kerana percaya dan yakin bantuan yang diberikan akan sampai pada golongan yang benar-benar memerlukan.

Selain Rumah RM1, antara inisiatif lain yang diusahakan oleh beliau adalah Ambulan 10Sen.

Sekiranya ada anak Sabah dan Sarawak yang memerlukan khidmat Rumah RM1 ketika melawat ahli keluarga yang sedang mendapat rawatan di Kuala Lumpur, boleh berhubung dengan Tuan Kuan Chee Heng di talian 012-2732148.

Link channel Youtube BORNEO DIHATI : https://goo.gl/P9r9pD

Comments

comments