Ini Cara Saya Dapatkan Tiket AirAsia Semurah RM12, Dari Sibu Sarawak Ke Kuala Lumpur

877

Sekiranya anda adalah penumpang setia AirAsia, maka setiap kali anda membuat pembelian tiket di portal AirAsia, akan terkumpul point yang dikenali sebagai My Big Points.

Mungkin ada yang tidak sedar akan Big Points ini dan kegunaanya. Anda boleh log in ke akaun online anda di portal AirAsia untuk menyemak jumlah terkini Big Points yang terkumpul.

Big Points ini boleh digunakan atau ditebus sehinggakan memberi harga tiket serendah RM12.

Berikut adalah contoh yang telah kami lakukan dengan membuat pembelian tiket AirAsia dan pada masa yang sama menggunakan Big Points tersebut.

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi AirAsia BIG

Langkah 2: Log masuk menggunakan akaun sedia ada AirAsia & Pilih Destinasi

Di bahagian atas sebelah penjuru kanan itu adalah baki terkini Big Points (1391) yang boleh digunakan.

Anda akan menemukan pelbagai tawaran lokasi yang meliputi dalam negara dan luar negara serta point yang diperlukan untuk buat penebusan.

Langkah 3 : Bandingkan point yang diperlukan berdasarkan tarikh dan masa 

Untuk demo ini, kami telah memilih penerbangan daripada Sibu, Sarawak ke Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menyemak tawaran point yang disenaraikan di bawah setiap tarikh bagi mengetahui jumlah point sebenar yang diperlukan bagi tarikh-tarikh tersebut.

Langkah 4 : Pengesahan & Pembayaran 

Pada langkah ini akan dipaparkan bayaran tambahan yang diperlukan. Dalam situasi kami sebanyak RM12.26 bayaran tambahan diperlukan dan sebanyak 1000point akan digunakan.

Sekiranya anda membuat pencarian biasa di portal AirAsia bagi tarikh dan masa yang sama, harga tiket asal jauh lebih mahal iaitu antara RM179 – RM269. Jadi, kira berbaloi juga gunaan Big Points ini untuk menebus tiket penerbangan!

Selain itu, pada peringkat ini, anda boleh memilih jumlah point yang mahu digunakan. Jumlah point itu nanti akan mempengaruhi amout akhir yang perlu dibayar.

Selepas selesai buat review, maka anda boleh teruskan untuk proses pembayaran.

Selamat mencuba!



Comments

comments