4 Kolam Air Panas di Sarawak Yang Kamu Boleh Berendam Bersama Keluarga

    Bermandi, berendam sambil merehatkan minda!

    1264

    Kini ramai yang memilih aktiviti berendam di air kolam panas kerana ia diyakini mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan.

    Antara manfaat kesihatan yang dimaksudkan adalah seperti melancarkan peredaran darah, merawat penyakit kulit, mengatasi insomnia atau susah tidur, menenangkan diri, menghilangkan stres dan lain-lain.

    Sekiranya anda teringin mahu nikmati pelbagai manfaat berendam dalam kolam air panas diatas atau pun untuk tujuan bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga di hujung minggu, maka berikut adalah 4 Kolam Air Panas yang boleh anda kunjungi di Sarawak:

    1. Merarap Hot Spring

    Kredit Foto: John Kong

    Salah satu pemandangan tersembunyi di wilayah utara Sarawak. Kolam air panas ini terletak sekitar 70 km dari kota Lawas.

    Kolam air panas ini dikelilingi oleh hutan yang masih asli, air mata air disalurkan dari sumber pergunungan dan kolam renang yang terdapat di Merarap ini mempunyai suhu air yang berbeza memastikan pengalaman spa yang lengkap.

    Di samping itu, Sungai Trusan yang mengalir cepat yang membentang memberi peluang kepada para pengujung kesempatan memancing dan melakukan pelbagai aktiviti lasak di sungai.

    2. Panchor Hot Spring

    Kolam air panas Kampung Panchor terletak di Kampung Panchor Dayak, kira-kira 45km daripada bandaraya Kuching yang boleh diaksese menerusi jalan Kuching-Serian.

    Kolam air panas ini buka setiap hari bermula 7.00pagi hingga 10malam.

    Suhu di kolam air panas ini boleh mencecah 42 darjah. Jadi sebelum anda terjun berendam dalam kolam tersebut, ikuti notis keselamatan yang terdapat di kolam:

    Rendamkan kaki anda terlebih dahulu untuk menyesuaikan diri anda dengan keadaan suhu air di dalam kolam tersebut. Apabila terasa badan anda sudah menyesuaikan diri dengan suhu air barulah anda masukkan keseluruhan badan ke dalam kolam secara perlahan-lahan

    Jika merasa badan anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan suhu air di dalam kolam tersebut, sila naik dan berehat sebentar. Minum air sejuk untuk menyejukan suhu badan.

    Terakhir, elakkan daripada terus mandikan diri dengan air sejuk setelah anda berendam di air kolam panas. Berehat diri untuk beberapa ketika sebelum teruskan dengan aktiviti mandi air sejuk.

    3. Annah Rais Hot Spring

    Kolam Air Panas Annah Rais terletak di No. 58 Kampung Annah Rais, Jalan Borneo Highland, Padawan, Kuching.

    Kolam air panas ini terletak tidak jauh dari Rumah Panjang Annah Rais iaitu rumah panjang komuniti Bidayuh.

    Kolam air panas ini membolehkan anda berendam dalam air hangat di tengah lingkungan alami hutan. Suhunya sekitar 40 darjah.

    Selain itu, air sungai yang disebelah kolam air panas adalah sejuk dan ia adalah alternatif sekiranya anda lebih suka berendam dalam air yang sejuk.

    4. Paku Hot Spring

    Kolam Air Panas Paku terletak di Jalan Air Panas, Kpg Sibulung, Bau, Sarawak. Jarak kolam air panas ini dari Kuching adalah sekitar 40KM dan 6KM daripada Pekan Bau.

    Bahagian tengah itu adalah sumber air panas (Kredit Foto: Redan Lens)

    Berbanding dengan kolam air panas yang lain, Kolam Air Panas Paku masih tidak mempunyai fasiliti yang sempurna.

    Link channel Youtube Borneo Dihati : https://goo.gl/P9r9pD



    Comments

    comments