Ini Aktiviti Menarik Sempena Borneo Ethnic Festival 2017 di Suria KLCC

Peluang berinteraksi dengan komuniti Borneo di KLCC!

834

Borneo Ethnic Festival akan berlangsung pada 11 September 2017 bertempat di Suria KLCC.

Borneo Ethnic Festival 2017 anjuran pihak Suria KLCC, Borneo Street KL dan Persatuan Warisan Sabah Sarawak KL akan bermula seawal 10.00pagi sehinggalah 10.00malam.

Menurut pihak penganjur, festival ini bukan saja dapat membantu mempromosikan budaya Sabah dan Sarawak kepada orang luar, khususnya kepada komuniti di Kuala Lumpur dan Selangor serta pelancong luar negara, malah inisiatif tersebut dapat membolehkan warga Borneo memperkenalkan budaya mereka sebagai produk ekonomi.

Persatuan Warisan Sabah Sarawak KL sememangnya tidak asing lagi bagi komuniti Borneo di Semenanjung, dimana entiti tersebut adalah pengajur utama Borneo Hornbill Festival. Acara tahunan ini berjaya memartabatkan khazanah kebudayaan dan tradisi Sabah dan Sarawak, bukan saja di dalam negara, malah juga di luar negara. Kini penganjurannya telah memasuki edisi ke-9.

Manakala untuk Borneo Ethnic Festival 2017 ini pula, pelbagai acara telah diaturkan buat para pengunjung yang hadir. Antaranya:

1. Pelbagai produk dan makanan Borneo

 

Program yang dijadualkan bermula dari 10.00pagi hingga 10.00malam itu akan dimeriahkan dengan Food Bazaar, dimana seramai 25 pengusaha yang akan menawarkan pelbagai jenis produk dan makanan Borneo.

2. Persembahan Kebudayaan Borneo

Di sebelah petang pula, pelbagai jenis persembahan bertemakan kebudayaan Borneo akan diadakan.

Ini termasuklah Pertandingan Fashion Borneo, Bengkel dan Persembahan Sape serta Tarian Sabah dan Sarawak.

Tentatif persembahan pada sebelah petang:

  • 2.00pm – Pertandingan Fashion Borneo
  • 5.00pm – Bengkel dan Persembahan Sape
  • 8.00pm – Tarian Sabah dan Sarawak

3. Penampilan khas РEvita Patcey 

 

Selain itu, acara Borneo Ethnic Festival 2017 akan dimeriahkan lagi dengan penampilan khas Evita Patcey Edgar Delmundo.

Evita, adalah gadis berdarah Rungus-Filipina yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan mendapat liputan meluas di media sosial baru-baru ini kerana wajah dan tubuh yang dipenuhi tahi lalat. Namun beliau tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk meneruskan kehidupan. Penampilan beliau yang penuh berkeyakinan itu cukup dikagumi dan menjadi inspirasi ramai orang.

“Kecantikan tidak hanya apa yang ada di luar, bukan seseorang yang mempunyai wajah yang sempurna atau tubuh yang sempurna. Kecantikan adalah siapa anda sebagai peribadi dan bagaimana anda mencintai diri anda sendiri” ujar Evita Patcey dalam sebuah wawancara beliau dengan Elle Malaysia.

Sempena dengan festival ini, beliau akan membuat pertunjukkan fashion dan persembahan nyayian.

Borneo Ethnic Festival 2017 @ KLCC

Tarikh : 11 September 2017 (Isnin)
Masa : 10.00am – 10.00malam
Tempat : Suria KLCC (concourse area)

Comments

comments