Viral Foto Ketam RM5 di Sibu Sarawak? Ini Kisah Sebenarnya!

1521
Kredit Foto : Wong Meng Lai

Siapa pun pasti tergoda apabila terlihat longgakkan makanan laut berupa ketam yang harganya semurah RM5 sekilo. Mana mungkin boleh dapat harga ketam sebegitu murah pada hari ini.

Kisah ketam RM5 ini mula tersebar apabila seorang pengguna media sosial memuatnaik foto tersebut ke laman perkongsian Facebook beberapa hari lepas dan diletak pula 2 keping foto Sibu Central Market dengan kapsyen “Kalau kawan mau makan ketam mau pergi Sarawak Sibu beli 1kg baru 5 ringgit”.

Perkongsian tersebut berjaya “menggoda” selera para pengguna sosial media sehingga ia dikongsikan lebih 3000kali setakat artikel ini ditulis.

Umum mengetahui bahawa harga makanan laut tidak mungkin semurah itu, lebih-lebih lagi  di Sibu, Sarawak kerana Sibu bukan sumber pengeluar hasil laut.

Pihak Borneo Dihati telah cuba membuat pencarian dan akhirnya kami berjaya menemui maklumat tentang foto berkenaan. Kami telah berhubung dengan jurufoto dan pemilik foto tersebut iaitu Encik Wong Meng Lei.

Menurut Encik Wong Meng Lei, foto tersebut beliau rakamkan di Tawau, Sabah dan ia adalah foto pada tahun 2006 iaitu 11 tahun yang lepas.

Ternyata penerangan itu serba sedikit membuat kami terasa kecewa juga, kerana tidak dapat “berpesta” nak makan ketam murah.



Comments

comments