6 Sebab Pelancong Negara China Suka Melancong Ke Sabah

Pelancong China adalah yang teramai melawat negeri Sabah!

587
Kredit Foto : Dennis HKG

Sabah menerima kunjung lebih 3juta pelancong tiap tahun. Umpamanya tahun 2016, seramai 3.4juta pelancong telah melawat Sabah dan menyumbang lebih RM7billion hasil pendapatan ekonomi pelancongan.

Daripada jumlah keseluruhan angka pelancong ke negeri itu, pelancong dari negara China adalah yang teramai ke negeri di bawah Bayu.

Pemandangan Kota Kinabalu dari Sutera Harbour (Kredit Foto: Pejul Faizul )

Sabah juga telah dinamakan sebagai salah satu destinasi “10 Pulau Teratas di Dunia Untuk Pelancong dari China”.

Kenapa warga China suka melancong ke Sabah? Berikut adalah alasan-alasan pentingnya

1. Seperti berada di rumah sendiri

Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Yan Li, iaitu Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Changzhou yang pernah membawa delegasi China ke Sabah dilaporkan memberitahu bahawa “Sabah mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik termasuk Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara. Orang Cina merasa seperti di rumah saat bercuti di Sabah. Kinabalu adalah satu sebab kita datang ke Sabah”.

2. Iklim lembap dan panas jadi pilihan saat musim sejuk

Udara segar yang (Kredit Foto: Willliam Cheah)

Menjelangnya musim sejuk di China, para pelancong suka melawat Malaysia yang mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Mereka suka iklim yang lebih panas di sini.

3. Tempoh penerbangan yang singkat

Menara Canton di Guangzhou

Sebahagian lokasi di China hanya memerlukan beberapa jam penerbangan untuk sampai di Kota Kinabalu International Airport (KKIA).

Contohnya, tempoh penerbangan daripada Guangzhou, China hanya mengambil masa 3 jam 20 minit untuk sampai KKIA. Dari Wuhan pula sekitar 4 jam. DariĀ Taipei, Taiwan pula hanya memerlukan penerbangan selama 3 jam 30 minit.

Jadi, tempoh penerbangan international yang singkat ini sudah serupa seperti penerbangan domestik dalam lingkungan negara mereka. Tidak seperti travel ke lain-lain destinasi luar negara yang memungkinkan mereka terbang untuk berbelas jam lamanya.

Ini tentunya membolehkan mereka meminimumkan pembaziran masa untuk tujuan perjalanan ke destinasi pelancongan dan seterusnya mengoptimumkan pula waktu cuti yang terluang.

4. Udara Segar & Alam Semulajadi

Masalah pencemaran udara di China telah menjadi serius, justeru itu kualiti udara dan persekitaran semulajadi menjadi faktor penting untuk memilih destinasi.

5. Pelbagai tarikan seperti Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara & tempat menyelam bertaraf dunia

Selain Gunung Kinabalu, ramai pelancong suka melawat Sabah kerana sukakan aktiviti di pulau, termasuklah aktiviti ‘diving’.

Sabah mempunyai banyak pulau serta tempat menyelam yang bertaraf dunia seperti Sipadan, Pulau Mabul, Layang-Layang dan lain-lain.

6. Pengangkutan adalah yang paling diambil berat oleh pelancong China

Selain aspek tarikan, makanan, kemudahan pusat membeli-belah, kondisi cuaca dan kadar pertukaran mata wang asing, salah satu perkara terpenting yang mendorong pemilihan destinasi dalam kalangan pelancong China adalah pengangkutan iaitu penerbangan terus dari destinasi asal mereka ke destinasi yang mahu ditujui.

Contohnya bandar-bandar seperti Wuhan, Shenzhen, Shanghai, Guangzhou dan lian-lain telah mempunyai penerbangan terus international ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA).

Sudah tentunya juga peranan Sabah Tourism Board yang proaktif mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor dalam dan luar negara bagi mempromosikan destinasi serta pelancongan negeri itu wajar diberi pujian.

Baca juga:

6 Sebab Bikin Pasangan Warga Asing Suka Honeymoon di Sabah

Pengalaman Bertugas di Sabah : Dulu Takut, Kini Cinta



Comments

comments