Tanpa Khidmat Para Porter Gunung Kinabalu Ini, Banyak Barangan Yang Sukar Sampai Ke Laban Rata

Badang Kinabalu yang mempermudahkan urusan para pendaki

2628

Siapa-siapa saja yang ada pengalaman mendaki Gunung Kinabalu pasti akan teruja melihat kegagahan porter atau pembawa barang naik-turun sepanjang laluan gunung hanya untuk menghantar barang-barang keperluan ke Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Muatan barangan yang dibawa oleh badang Kinabalu ini pun bukan alang-alang, ada yang mengangkat tong gas, bahan mentah, kelengkapan serta barangan milik pendaki mengikut permintaan dan sebagainya.

Berat barang yang dibawa pun lain-lain, bahkan ada yang beratnya mencecah 50 kilogram.

Porter mengangkut naik peti sejuk seberat 55kg ke Laban Rata (Kredit Foto: Amirul Afendi)

Kadang boleh kelihatan juga badang wanita yang turut sama mengangkat barangan untuk para pendaki.

Porter wanita di Gunung Kinabalu (Kredit Foto: Hajimin Wasili)

Paling terkejut, porter yang bawa beban-beban besar dan berat itu lagi duluan sampai di atas berbanding dengan pendaki-pendaki yang cuma bawa beg-beg kecil.

Memang respect dengan para porter!.

Tidak seperti para pendaki yang sampai di destinasi boleh beristirehat lama, para porter ini perlu naik turun gunung untuk beberapa kali, barulah dapat memastikan mereka meraih pendapatan yang cukup. Bayangkanlah penat dan sakitnya!

Membawa tong gas turun naik sudah jadi rutin harian

Jadi, janganlah kita berkira sangat saat perlukan khidmat porter ini. Kalau rasa mahal cuba cabar sendiri bawa beg dan barangan berbelas kilo itu naik dan turun dari Laban Rata. Baru tahu kepayahannya!

Dalam masa memberi keselesaan kepada para pendaki gunung, ianya juga sebagai mata pencarian utama mereka, bertungkus lumus untuk sumber rezeki. Hargai lah semangat waja mereka.

Berilah penghargaan kepada para porter Gunung Kinabalu ini, kerana tanpa mereka, banyak barangan sukar untuk sampai ke Laban Rata.

Comments

comments