Beg Plastik “Bahai” Tetap Jadi Pilihan!

Beg serbaguna yang banyak digunakan di Sabah dan Sarawak

662
Kredit Foto: nemukucikgu

Beg “Bahai” atau beg plastik serbaguna memang banyak digunakan di sebahagian tempat di Sarawak dan Sabah.

Beg plastik “Bahai” ini sentiasa jadi pilihan kalau travel atau beli barang dalam kuantiti yang banyak.

Kredit Foto: Norani HN

Tidak kira ke mana, travel ke kampung atau ke Semenanjung sekali pun, “bahai” tetap dibawa bersama kerana semua benda boleh dimasukkan ke dalam beg bahai.

Kredit Foto: Tumaz Li

Lagi-lagi kalau mahu balik ke kampung, beg plastik itu juga yang dicari-cari untuk menyimpan barang-barang serta buah tangan yang mahu dibawa pulang ke rumah.

Kredit Foto: Rul Arifin

Beg bahai mempunyai pelbagai corak dan pelbagai saiz. Ia bukan saja murah, malah tidak murah rosak, mudah dicuci dan mudah untuk dibawa ke mana-mana saja.

Selain itu,ketika tidak dipakai, ia boleh dilipat sehingga saiz sekecil yang mungkin dan ini memboleh penyimpanan beg plastik bahai ini tidak memerlukan ruang khas seperti kita menyimpan beg bagasi.

Biarlah orang nampak “bahai” diluar, yang penting orang tidak tahu apa yang ada di dalam bahai!



Comments

comments