Setelah 5 Tahun Menetap di Sarawak, Tahun Ini Berpeluang “Ngabang”. Aku Kagum Dengan Toleransi Masyarakat Sarawak

Pengalaman Ngabang ke rumah Orang Iban di Sarawak!

1190
Gambar hiasan

Setelah 5 tahun menetap di Sarawak, baru tahun ini berpeluang ‘ngabang’ (beraya) ke rumah orang Iban dan Bidayuh kat Sarawak ini.

To be honest, I love the culture here.

Gawai ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak yang kebanyakkannya ialah bukan Islam.

Biasanya Gawai disambut bermula malam 31 Mei sehinggalah 2 Jun. Macam-macam aktiviti yang dijalankan.

I really respect the people of Sarawak. Di sini, perkahwinan campur adalah satu perkara yang biasa.

Jadi, tak hairanlah kalau waktu Gawai, sanak saudara balik kampung dan meraikan perayaan ini bersama keluarga tersayang, termasuklah mereka yang telah memeluk agama Islam.

Disebabkan ini, ahli keluarga mereka yang non muslim sangat memahami agama Islam, sehinggakan mereka sanggup untuk menyediakan satu set keperluan yang baru, khas untuk digunakan oleh ahli keluarga yang beragama Islam.

Dari segi juadah ketika bergawai pula, memang pelbagai makanan disediakan seperti hari raya Aidilfitri. Lemang, rendang, kek, kuih muih tradisional antara makanan yang dihidangkan.

Tapi, sekali lagi, mereka sangat memahami. Mereka siap jelaskan yang makanan-makanan itu semuanya dimasak oleh ahli keluarga yang beragama Islam atau dibeli daripada orang Islam.

Yes. Aku sangat kagum dengan kesepaduan dan toleransi yang ditunjukkan oleh masyarakat Sarawak ini.

Syabas Sarawakians! I’m a proud Malaysian.

Comments

comments