Terima Kasih Orang Sabah Mengajar Saya Banyak Pengetahuan Baru Tentang Kehidupan

283

Pengalaman setelah berkunjung ke Sabah, keadaannya memang jauh berbeza sekiranya dibandingkan dengan keadaan di Klang.

Orang Sabah Sopan dan polite. Baik lelaki atau perempuan. Kalau di Lembah Klang, jalan yang sesak pun selalu kita memotong sesuka hati, guna emergency lane atau hon sana sini tapi tidak di Sabah.

Peramah dan tidak berkira

Seronok bila kita rasa kita adalah sebahagian dari mereka. Bayangkan kita boleh dijemput datang ke kampung mereka untuk sama meraikan keraian mereka, tunjuk cara hidup mereka, cara melayan tetamu memang terbaik.

Tidak lokek ilmu

Produk yang amat famous mestilah PEARL kan. Rambang mata dik non!. Penjual-penjual yang saya jumpa pula alhamdulillah jujur orangnya. Berkongsi cara bezakan yang tiruan dan original, siap ajar lagi dan bagitau tentang grade-grade yang ada. Banyak saya belajar. Mereka tidak lokek ilmu dan tidak fikir hanya untuk menjual untuk keuntungan semata-mata.

Bab makan dan harga lebih kurang tapi service tip top

Bab makanan pula paling puas hati. Banyak makan Lobster besar, 2 jenis ikan, 5 jenis udang, sotong, sayur lagi dan pelbagai jenis seafood lain, harga baru RM250. Kalau di tempat saya, makan 4 orang dah touch RM200++, itu pun tidak ada lobster.

Berniaga dan membantu sesama mereka

Dari seawal umur sekolah rendah mereka sudah berniaga bantu keluarga. Mostly mereka ini bisnes dalam lane yang sama tapi tidak ada pula hasad dengki. Family dan sedara mara tolong promote walaupun sama bisnes atau lain bisnes.

Bayangkan saya dengar dan lihat sendiri bila family mereka atau sahabat mereka tidak ada kerja mereka sanggup bagi kerja untuk support ahli keluarga dan sahabat. Kalau ikut boleh saja sapu semua sendiri tidak payah kisah hal orang.

Bila saya tanya, dia cakap “bila kita bantu, barulah Allah bantu kita, kita ini bukan orang lain. Kita tidak mampu bagi wang ringgit, jadi bagi la peluang kerja agar sama-sama naik”. Deep kan. Macam masuk habuk mata bila dia jawab kat saya macamni.

Maaf cakap, berapa kerat kita atau orang sekeliling kita yang ada pemikiran seperti ini.

Pada orang-orang Sabah terima kasih kerana mengajar saya banyak pengetahuan baru mengenai kehidupan.

Hantar kisah dan pengalaman anda: http://borneodihati.org/hantar-artikel/

Comments

comments