Semporna Sabah Yang Ku Rindui!

95

Allah aku merindui suasana di Semporna. Kali pertama jejak kaki di Semporna, bangsa Sulok yang bawa aku makan tengah hari dan kami habiskan masa berehat di masjid besar.

Lepas itu bangsa Cina dan bangsa Bajau jemput aku belah petangnya. Mereka bawa aku pusing pekan Semporna.

Aku minta singgah di perkampungan pelarian minoriti bangsa Filipine.

Sementara nak menyampai magrib banyak kali mereka pelawa aku tinggal di rumah mereka kawasan taman yang lebih selesa.

Tapi aku pilih tidur di kawasan kampung. Mereka hantar aku ke kampung orang Bajau.

Bebetulan aku sampai Semporna sehari sebelum Raya Haji. Jadi, suasana malam raya penyediaan juadah tradisi, untuk makan esok paginya.

Suasana pagi Raya  pula, mak dan anak bujang masih jahit pakaian untuk beraya. Takbir raya bergema memecah kesunyian pagi. Aku bersama mereka bertakbir dalam masjid.

Di sana budaya lelaki pakai gelang or rantai silver or tindik telinga itu biasa. Tapi mereka ada bersama ketika takbir raya di masjid sehingga habis kedua khutbah dan sehingga majlis salam bermaafan. Baik kecik tua muda, semua bersalam dan berpelukkan dan mengalirkan air mata.

Aku yang merasai suasana itu tak reti nak nangis mungkin bukan Raya Puasa, tapi aku tak pernah tengok suasana seiklas hati nurani seperti itu.

Keluarga datang berkunjung seperti Raya Puasa di Semenanjung, sangat meriah sampai aku kena makan apa saja makanan tradisi mereka.

Banyak kali mereka pesan jangan lah balik lagi, tinggal di sini lama lagi, tinggal di sini terus.

Sebelum aku meneruskan perjalanan mereka pesan datang lah ke sini lagi. Itu lah layanan bangsa Bajau yang tak pernah mengecewakan..

Bangsa Bajau yang aku jumpa mereka tidak kaya dengan harta, tak kaya dengan dunia gajet, tapi mereka kaya dengan penghormatan, kasih sayang dan kaya dengan makanan yang sangat segar dari laut.

Aku mencintai suasana dan budaya orang tempatan sebab itu aku memilih kawasan perkampungan dan pendalaman. Jika di bandar bagi aku biasa saja sebab aku tetap budak kampung masih dengan jiwa kubang kerbau.

#ZakiBijak #CancerFighterMalaysia #CancerBukanTiketUntukMati #MisiJelajahBorneo #MisiJelajahSabah #MisiLatihan #MisiJelajahDunia #Mac2018

Hantar kisah dan pengalaman anda : http://borneodihati.org/hantar-artikel/



Comments

comments