4 Tahun Di Bumi Sarawak, Berkongsi Kehidupan Dengan Pelbagai Jenis Kaum & Agama

2906

Al Kisah dompet saya hilang pada hari Jumaat yang lalu.Disyaki terjatuh ketika sedang menaiki motorsikal dikawasan berhampiran dengan pasar basah disini.

Berkemungkinan dompet saya dipulangkan oleh seseorang berbangsa Bidayuh, berdasarkan sekeping nota yang ditinggalkan bersama dompet yang hilang.

Kebetulan saya memang tiada dirumah pada waktu siang dua hari ini. Beruntung juga menggunakan alamat Sarawak untuk lesen memandu. Menarik hal ini untuk dinukilkan.

Saya berpeluang untuk sama-sama mendiami bumi Allah Sarawak ini. Berkongsi kehidupan dengan pelbagai jenis kaum dan agama, tanpa ada rasa takut atau tergugat, bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa diganggu hak beragama, sehingga layak digelar Bandaraya Perpaduan.

Maaf saya wakilkan untuk orang Semenanjung atau bahasa mudahnya “Malaya”. Saban hari ada saja berita yang kurang enak didengar, didendangkan disana sini mengenai Semenanjung Borneo. Agak memualkan. Rata-rata yang berkata belum lagi memijakkan kaki ke bumi ini.

Pernah bermastautin hampir setahun di Sabah dan hampir 4 tahun di bumi Sarawak. Menyaksikan pelbagai kenangan serta sejarah indah untuk dikongsikan.

Cukuplah kita dengan ego yang bersifat kenegeriaan. Islam tidak mengajar untuk itu. Islam agama rahmat.

Maka berdamailah dengan semua bangsa yang ada. Hormat menghormati antara satu sama lain, tunjang asas kebahagiaan dalam bermasyarakat.

Kepada yang mulutnya asyik mengata kami orang-orang Borneo. Nah, ada masa datanglah melawat kami disini. Tiket belon Air Asia, Malindo murah sekarang. Rasai sendiri kehidupan kami disini. Nikmatilah pelbagai jenis juadah yang menyelerakan. Pasti memikat.

Tapi AWAS! Jika anda tidak memiliki hati yang kental, anda mungkin akan jatuh hati kepada orang-orang disini.

Kita saling memerlukan !

Hantar artikel : http://borneodihati.org/hantar-artikel/

Comments

comments