Sepanjang 2 Tahun di Sarawak, Dikurniakan 3 Orang Rakan Istimewa Pengelihatan

662

Dilahirkan dengan 3 kisah yang berbeza, namun disatukan sebagai insan istimewa ketika ini.

Kesusahan yang dipandang orang luar itu diambil sebagai kelebihan kepada mereka. Tak pernah walau sekali mendengar mereka mengeluh ‘kenapalah tak nampak atau susahnya tak nampak apa apa’.

Banyak perkara yang Azreen sedih mengenangkan kehidupan mereka.

Antaranya bila tengok movie ramai ramai, orang lain bergelak ketawa, mereka akan bertanya. ‘Apa yang jadi dalam scene ni?’ Nak tolong explain pun, mesti akan rasa sebak dulu.

Berdasarkan pemerhatian, mereka akan sentiasa membawa ‘wet tissue’ ke mana mana saja.

Memberanikan diri bertanya kenapa sering membawa wet tissue. Jawapan yang diberikan sangat padat dan bermakna.

Sebab dulu di sekolah, sinki jauh. Kalau setakat makan cucur, malas nak basuh tangan, pakai je wet tissue.

Tapi yang Azreen lihat bukan isu malas dan jauh. Tapi isu enggan susahkan sesiapa untuk memimpin mereka ke sinki. Jalan cepat dan mudah ialah menggunakan tisu basah untuk lap jari, saki baki makanan di bibir dan makanan yang tumpah di lantai.

Kehadiran mereka bertiga memberi nilai yang sangat mahal dalam kehidupan seorang Azreen.

Kepada masyarakat lain, andai anda terserempak dengan golongan istimewa ini, hulurkan lah bantuan tanpa perlu menunggu mereka meminta bantuan. Sesungguhnya mereka sangat sangat malu dan berasa rendah diri berada dalam kalangan manusia normal untuk meminta pertolongan.

Hantar artikel : http://borneodihati.org/hantar-artikel/

Comments

comments