Pengalaman Seram Ketika Bertugas Sebagai Pengawal Keselamatan di Sarawak

756

Salam buat pembaca-pembaca sekalian.

Disini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya sepanjang menjadi seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Sepanjang saya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan kisah seram tidak lah menjadi asing lagi dalam diri saya seperti mana yang anda fikirkan.

Saya bekerja hampir lima tahun sesudah menamatkan sekolah dalam tingkatan lima. Kisah seram yang saya lalui ini berlaku pada waktu saya bekerja syif malam. Ini berlaku selesai saja saya melakukan rondaan, saya akan duduk di pondok di depan pos kawalan tempat saya bekerja untuk memerhati kawasan sekeliling.

Sesudah puas saya memerhati kawasan sekeliling, saya mendongakkan kepala saya ke langit tiba-tiba satu lembaga putih yang terbang muncul di penglihatan saya. Saya yakin pembaca mesti dapat membayangkan perasaan saya ketika itu segala bulu roma meremang. Pada masa saya menulis ini pun masih terasa perasaan itu.

Bukan setakat itu saja cerita seram yang saya lalui. Pernah juga saya terserempak dengan satu lembang hitam yang cukup besar dengan bulu yang lebat, pada masa itu alangkah terperanjatnya saya tidak terkira.

Bila saja saya pulang ke rumah pada paginya saya langsung menceritakan kisah tersebut kepada bapa saya. Bapa saya hanya mengatakan itu hanyalah egauan mata sahaja. Mungkin bapa hanya ingin menenangkan perasaan takut saya.

Peristiwa yang ketiga ini adalah peristiwa yang mungkin tidak terlintas di fikiran pembaca. Peristwa ini berlaku semasa saya duduk menunggu masa untuk meronda, tiba-tiba saya terlihat satu lidah yang panjang masuk melalui celah tingkap pos kawalan saya dan saya tidak mempedulikan ia kerana perkara seperti ini sudah lali dengan saya. Apabila hari mulai pagi saya memeriksa di tempat itu ada titisan darah, itulah yang menghairankan saya sehingga kini.

Pernah juga saya kembali pulang dari kerja malam mendapat sakit yang aneh iaitu mata saya kabur dan tidak boleh melihat sehingga saya menangis dan menjerit kerana memikirkan bahawa saya akan buta pada usia yang begitu muda dan bujang. Bapa yang mendengar saya menjerit lansung mendatangi saya dan saya memberitahunya. Dalam kondisi saya yang begitu bapa langsung mengikhtiarkan cara dengan membawa saya kepada bomoh dan bomoh itu mengatakan bahawa saya berlintasan dengan makhluk halus dalam perjalanan saya pulang.

Bomoh tersebut memberi air jampi untuk disapu dimuka dan herba untuk dibakar dan asapnya disapukan keseluruh badan. Percaya tidak percaya dalam beberapa ketika mungkin dalam sekitar satu jam penglihatan saya kembali pulih semula.

Mungkin juga bembaca akan mengira itu tahyul dan saya kolot tetapi itulah hakikatnya yang berlaku kepada saya. Walaupun masih banyak pengalaman seram yang saya tidak sempat ceritakan kepada pembaca, sekian sahajalah perkongsian saya.

Ingat lah segala diatas muka bumi ini ciptaan Tuhan, maka pada dialah sahaja segalanya akan tunduk.

Nota: Siapa yang mahu hantar kisah boleh guna link ini http://borneodihati.org/contact-us/ (tapi kalau boleh kurangkan cerita hantu ye – takut admin tak tertidur pula lepas baca 🙂 )

Comments

comments