Aku dan Diploma Perhutanan

241

Sejak dua menjak ni kecoh isu mana nak pergi lepas dapat results SPM.

You all nak tahu tak, lepas habis SPM saya pun buntu nak sambung belajar kat mana. Dapat offerr matrik saya tolak sebab dapat tawaran untuk aliran fizik kerana SPM saya tak ambil biologi.

Lepas tu dapat offer Form 6 tapi saya tolak juga sebab dapat aliran sains walaupun dapat kat sekolah yang bagus di Kuching.

So saya pun daftar Form 6 aliran sastera kat sekolah swasta Sunny Hill. Bila dah 2 – 3 bulan saya di tingkatan 6, baru tahu sengsaranya study subjek Sejarah.

Memang sangat seronok masa tu sebab bila exam selalu jadi top student sebab memang minat dengan subjek arts dan bahasa.

Bila sedang seronok study, tiba-tiba dapat offer buat Diploma di UPM Serdang dalam jurusan Diploma Perhutanan. Pada mulanya nak reject juga tapi atas nasihat keluarga pergi juga ke UPM.

Menariknya masa tu saya tak minat pun dengan jurusan yang saya ambil tapi saya percaya peluang lebih baik berbanding saya ambil STPM.

3 tahun saya lalui dengan penuh sabar walaupun terpaksa study benda yang saya tak suka. Dari tahun 2003 hingga 2006 banyak sangat mengajar saya macam perkara. Walaupun bukan jurusan favourite namun saya tak pernah menyesal.

Selalu dipandang rendah sebab ambil diploma maklumlah jumlah pelajar diploma kat UPM waktu tu sangat skit. Tak sedikit juga yang memperli dan ketawakan apa yang saya ambil kerana bukan program hot dan glamour.

Pernah kena tanya macam ni;
“You study hutan, ada masa depan ke? Nanti habis belajar kerja kat hutan ke?”

Orang tak tahu, jurusan dan sekeping Diploma hanyalah platform untuk kita berjaga dan belajar.

Pengajaran paling berharga adalah saya belajar untuk survive dan jadi orang yang kuat.

Bayangkan sebulan kena campak kat hutan dengan sumber yang sangat terhad. Dah macam program survival. Lebih dari itu, waktu pengajian Diploma mengajar saya erti kehidupan yang sebenar, erti kesabaran dan si situlah saya kenal kawan sejati.

Selepas habis Diploma Perhutanan saya dengan nekad tukar program ke Bac. Komunikasi dan grade Bac Komunikasi Kemanusiaan pada tahun 2009 dan Master of Science Human Communication pada tahun 2012 dan dalam tahun yang sama grade Post Graduate Certificate Teaching and Learning dari Taylor’s University.

Pointnya di sini buat adik-adik yang baru habis SPM, tak kisah ambil jurusan apa atau sambung sijil kemahiran, matrik, diploma atau asasi, yang penting kena suka dan hargai apa yang anda buat.

Apapun keputusan yang anda buat, ambil sebagai langkah pertama untuk menuju kejayaan. Saya doakan adik-adik semua membuat pilihan yang bijak.

TENTANG SERIT ANAK BANYAN

Serit Banyan berasal dari Nanga Linsom, Ulu Layar Betong, Sarawak. Beliau yang memiliki kelulusan Master of Science (Human Communication), UPM (2011) bertugas sebagai seorang pensyarah di School of Liberal Arts and Sciences, Taylor’s University (Subang Jaya).

Sepanjang tahun 2017 dan 2018, beliau telah memenangi pelbagai anugerah.

Baca juga artikel berkaitan dengan Serit Banyan 

  1. Ceburi Bisnes, Anak Muda Sarawak Ini Raih Pendapatan Sampingan 5 Angka Sebulan

Comments

comments